Ahad, 13 November 2016

OKTOBER 31ST, 2016
Permohonan rumah yang dibina dalam projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) adalah terbuka kepada semua rakyat jelata yang berkelayakan tanpa mengira kaum.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, tujuan kerajaan memperkenalkan projek perumahan ini adalah untuk membantu golongan miskin dan sederhana yang tidak mampu membeli rumah.
"Selain Prima, projek-projek yang dijalankan kerajaan seperti MyHome dan MyDeposit sememangnya untuk membantu golongan yang tidak mampu miliki rumah tanpa membezakan kaum," katanya dipetik dalam Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan majlis penerangan kepada wakil-wakil daripada 30 persatuan Cina, kelmarin.
Turut hadir  pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.
Noh berjanji kerajaan akan membina lebih banyak rumah kepada golongan yang memerlukan sekiranya mempunyai kawasan tanah yang mencukupi.
Manakala Abdul Mutalib memberitahu, sehingga projek PPR1MA dimulakan pada tahun 2013, sejumlah 1.34 juta orang telah berdaftar dengan 67 peratus adalah terdiri daripada kaum Melayu; Cina, 22 peratus dan India, 5 peratus.
"Saya harap dengan menganjurkan majlis penerangan ini, ia akan menggalakkan lebih ramai kaum Cina yang berkelayakan membuat permohonan untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

Tiada ulasan: