Isnin, 26 November 2012


Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam Bantu UMNO Perjelas Isu Akidah, Fitnah Pembangkang

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Penerangan UMNO Malaysia hari ini mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh ilmuan agama bagi meluaskan lagi jaringan penerangan UMNO bersama pelbagai kelompok dalam usaha untuk memperjelaskan serta membincangkan isu-isu terkini di samping mendapat nasihat dan pandangan dari kelompok terbabit.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, pertemuan dengan ilmuan agama ini diadakan bagi membincangkan serta mendapatkan pandangan dari tokoh-tokoh yang hadir berkenaan isu-isu semasa yang timbul sejak mutakhir ini terutama yang melibatkan soal-soal Islam dan bangsa Melayu.
“Dalam pertemuan yang berlangsung lebih dua jam setengah ini, kami banyak berbincang dan bertukar pandangan serta pendapat dalam isu-isu yang melibatkan soal-soal akidah dan juga kepentingan bangsa Melayu dan negara.
“Antara isu-isu yang dibangkitkan di dalam pertemuan ini ialah mengenai fitnah terhadap Islam, fitnah terhadap UMNO, fitnah terhadap kepimpinan negara yang dilontarkan oleh pihak pembangkang.
“Ini termasuk membincangkan isu-isu terkini seperti soal pluralisme, melayu bebas beragama, isu  doa yang terkeluar dari adab-adab berdoa dan isu memurtadkan ahli-ahli UMNO,” jelas beliau setelah selesai mempengerusikan pertemuan itu di Ibu Pejabat UMNO di sini.
Hasil daripada pertemuan tersebut menurut beliau, golongan ilmuan dan profesional Islam ini bersetuju untuk bersama-sama bagi memperjelaskan isu-isu terutama yang melibatkan soal akidah Islam yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat.
“Alhamdulillah, kita telah mengambil nasihat, pandangan dan pendapat tokoh-tokoh tersebut dan InsyaAllah, kita telah mendapat persetujuan dari kumpulan ini untuk membantu UMNO dan kerajaan bagi mengupas dan memperjelaskan isu-isu terkini kepada rakyat di negara ini.
“InsyaAllah kita akan merencanakan beberapa program penerangan yang akan disertai oleh tokoh-tokoh yang hadir pada hari ini agar mereka ini dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut berdasarkan syariat Islam dalam masa yang terdekat ini,” ujarnya.
Sebelum ini jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beberapa siri pertemuan telah pun diadakan oleh Penerangan UMNO Malaysia dengan pelbagai kumpulan termasuk kumpulan-kumpulan NGO, Bloggers yang melibatkan golongan anak-anak muda termasuk kepimpinan pertubuhan belia di seluruh negara.
Antara tokoh-tokoh ilmuan yang   hadir dalam perbincangan itu ialah Tan Sri Mohd Yusuf Noor, Tan Sri Hamid Zainal Abidin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Dusuki Ahmad, Datuk Dr. Ismail Ibrahim, Datuk Dr Munir Yaakob, Datuk Abdul Manaf Ahmad, Datuk Amran Kasimin, Datuk Othman Desa, Pro Dr. Idris Zakaria, Prof Madya Malik Munir, Ustaz Fathul Bari dan lain-lain.
Di samping itu, beliau meminta agar rakyat, khususnya umat Islam di negara ini menggunakan minda yang rasional dan bukan secara emosional dalam menilai apa juga fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terhadap UMNO dan BN agar rakyat dapat melihat kebenaran terhadap dakwaan dan fitnah pakatan pembangkang itu dengan lebih jelas. -MediaUMNO
http://www.umno-online.my/?p=72411

6 Tips Dari Obama Untuk Menang Dalam PRU13




Saman Ini Yang Buat Karpal Singh Marah



Mengapa Nik Aziz Tidak Berani Bersuara Dalam Isu Ini?



Khamis, 22 November 2012


Ahli Parlimen Ini Gesa Anwar Ibrahim Dilucut Kewarganegaraan



Azmin Ali Sokong Hadi Awang Jadi PM?




Video Hadi Awang Berlakon Sebelah Mat Sabu


Rabu, 21 November 2012


Ketua AMK Kedah Mengaibkan Anwar Ibrahim Atas Pentas Ceramah



Mari Membantu Gaza #SaveGaza



Video Komen Tun Mahathir Bila Hadi Awang & Anwar Hendak Jadi PM


Ahad, 18 November 2012


Video Nik Aziz Kata UMNO Tiada Agama


Selasa, 13 November 2012


Video Cikgu Non Belasah PAS Kedah



Video Ketua Dewan Ulama PAS Anggap Nurul Izzah Macam Budak Budak



Pesanan Nooh Gadut Pada Nurul Izzah

Ahad, 11 November 2012


Video Nurul Izzah Lebih Hina Dari Pelacur Chow Kit



Isteri Guan Eng Mencabul Siapa Ini?


Harakah Patut Saman Kenyataan Anwar Ibrahim Ini


Nasharuddin Mat Isa Gesa Nurul Izzah Bertaubat


Khalid Ibrahim Menipu Ibu Tunggal

Khamis, 8 November 2012


Ini Bukti Nurul Izzah Cakap Putar Belit


Mula-mula bila ditanya oleh Siti Kasim, Nurul Izzah kata lain. Kemudian bila dikejutkan bahawa kenyataan tersebut adalah salah dan boleh mengundang kemudaratan akidah, Nurul Izzah putar kenyataan asal dan menuduh pihak yang melaporkan sebagai jahat. 

Sedangkan portal yang mula mula sekali melaporkan tentang kenyataan Nurul Izzah adalah Malaysiakini. Luahan Siti Kasim membuktikan bahawa Nurul Izzah memang pakar putar belit (baca sini). Tiru siapa ya?


Video Anwar Ibrahim Tetap Pertahan Kenyataan Nurul Izzah



Video Khalid Ibrahim Pertahankan JAIS Untuk Soal Siasat Nurul Izzah



Pemuda PAS Kecam Nurul Izzah

KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini menempelak Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan tiada paksaan dalam agama daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Ahad lalu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Nik Abduh berkata, tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.

Ayat tiada paksaan dalam beragama adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing.

Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau.

Ahad, 4 November 2012

Mustahil PAS Dapat Pertahankan Islam & Raja Raja Melayu

Khamis, 1 November 2012


Alat Ini Digunakan Untuk Mencuri Kereta


Jika anda ternampak sesiapa yg memiliki alat ini sila hubungi pihak polis dengan segera. Alat ini digunakan untuk mencuri kenderaan. Sila sebarkan untuk kebaikan rakyat Malaysia bersama.

Belanjawan Kasih Sayang 2013 : Warga Emas & Pesara Tentera Dapat Manfaat






Belanjawan Kasih Sayang 2013 : Usahawan & Peniaga Runcit Dapat Manfaat



Belanjawan Kasih Sayang 2013 : Kanak Kanak Dapat Manfaat



Syarat & Borang BR1M 2.0


 Tarikh dan Borang Permohonan BR1M 2.0 | Dalam peruntukan bajet 2013 yang lalu, Perdana Menteri kita telah memberikan satu lagi hadiah untuk rakyat berupa intensif wang tunai BR1M 2.0 yang akan mula dibuka pada 1 November 2012 hari ini.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) ini diperluaskan lagi jumlah yang layak iaitu terbuka juga kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan di bawah RM2000 sebulan.

Mereka yang layak ini akan mendapat intensif berbentuk wang sebanyak RM250 setiap seorang.

Namun, harus ingat juga bahawa individu yang masih belajar di universiti pula secara automatik tidak layak memohon BR1M 2.0 ini kerana tidak dikategorikan sebagai individu bekerja yang mempunyai pendapatan bawah RM2000.

Borang permohonan untuk memohon BR1M ini boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan dengan anda bermula hari ini, 1November 2012.

Bagi anda yang sudah membuat permohonan BR1M pula, anda tidak perlu memohon semula kerana nama anda secara automatik akan mendapat intensif ini untuk kali yang kedua.

Bagi Bantuan RM250 kepada individu bujang, berikut adalah syarat-syarat bantuan:-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah.
- Tidak mempunyai tanggungan.
- Bukan pelajar IPT.

Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya.

- Salinan kad pengenalan.
- Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji.

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi.
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.
- Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan.
- Online di laman sesawang.

Fakta Ini Dedahkan Penipuan Husam Musa


 
18 September 2012, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Husam Musa menyatakan "Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL satu jam". Sekali imbas kalau tidak dikaji, kenyataan Husam ini dikatakan oleh Harakah boleh memancing hati anak perantau untuk terus mengundi PAS. Oleh sebab itulah, Harakah menegaskan ayat satu jam dalam artikel di atas. Benarkah satu jam?


Jarak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur adalah sejauh 458 kilometer dan mengambil masa 7 jam 28 minit untuk sampai dengan kelajuan biasa (jika tidak jammed). Semasa sambutan Hari Raya Korban yang lepas, ramai yang terperangkap lebih 10 jam untuk pulang ke destinasi masing-masing.  

Mungkin ada terfikir, kalaulah siap keretapi laju sebagaimana yang disebut oleh Husam, maka anak perantau boleh pulang lebih cepat lagi kampung halaman. Kalau Husam nak sampai dalam masa sejam, perlulah kerajaan PAS beli keretapi laju yang boleh sampai dalam masa sejam. Di mana hendak membelinya?

Di China, baru dilancarkan sebuah keretapi laju yang disahkan paling laju di dunia. Kelajuannya adalah setakat 300 kilometer sejam (kmph). Berapa jarak KB-KL? 458 km. Ini bermaksud kalau sejam hanya boleh sampai setakat Kuala Lipis sahaja. 

Satu lagi bukti bahawa Husam dan kerajaan PAS menipu rakyat. Idea Husam ini adalah idea yang boleh dibuang ke dalam tong sampah. Lebih baik beri idea bagaimana hendak bersihkan dulu air di Kelantan.


 
 

Anwar Ibrahim Akui PAS Pernah Kafirkan Sesama Umat Islam



Pengalaman Pelajar Malaysia Mengenai Taufan #Sandy



Blogger Pembangkang Burukkan Nik Aziz


Ini adalah petikan daripada blog yang pro kepada pembangkang. Mengapa mereka mengecam Nik Aziz secara terbuka dalam blog? Baca seterusnya di sini.

Video Video Taufan #Sandy Yang Melanda New York









AES : Pemuda UMNO Minta Kerajaan Pertimbang Semula Perlaksanaan @Khairykj



Video Khalid Ibrahim Mahu Tapis Air Kencing Untuk Beri Pada Rakyat Selangor