Ahad, 13 November 2016

Bukti Bukti BERSIH 5 Alat Asing Untuk Kucar Kacirkan Negara



Setiap rakyat Malaysia yang sayangkan negara wajib menolak sebarang demonstrasi yang membawa kesan buruk pada negara. 

Lebih lebih lagi demonstrasi yang diadakan itu mendapat pembiayaan daripada pihak asing. Malah pihak penganjur demo sendiri sudah mengakui menerima dana tersebut. 

Berikut adalah beberapa artikel penting yang perlu dihadam dan dibaca oleh rakyat Malaysia untuk memahami dengan lebih jelas dan mendalam kaitan Soros dengan demonstrasi BERSIH di Malaysia.

Kaitan Ambiga Dengan "Movement BERSIH"

Mungkin rakyat Malaysia mudah terlupa siapa sebenarnya Ambiga yang dulunya menganjurkan BERSIH. Kini dari Ambiga, penganjur BERSIH bertukar tangan pula kepada Maria Chin. Inilah Ambiga yang sebenarnya (baca artikel ini).

Apa pula kaitan Soros dengan BERSIH? Sudah beberapa kali diulas dan diceritakan tentang Color Revolution yang ditaja oleh jutawan penyagak matawang asing itu, ya mungkin kini ramai sudah terlupa.

"Tentera Demonstrasi Soros" Ada Di Malaysia?

Tentera tentera revolusi Soros sebenarnya sudah ada di Malaysia. George Soros melalui OSI turut memainkan peranan dalam revolusi yang tercetus di Ukraine dan Georgia. Malah demonstrasi yang berlaku di Mesir dikatakan turut disumbang oleh tangan-tangan George Soros. Ketika demonstrasi selama 18 hari di Mesir, aktivis Amnesty International dan hak asasi manusia turut sama terlibat. (baca artikel penuh ini).  

Apa yang berlaku di Mesir pada Januari 2011 adalah hasil tangan Soros. Pemimpin demonstrasi di Mesir mendapat "secret backing" daripada kuasa luar. George Soros melalui Open Society Institute telah menyalurkansponsor kepada majalah Wasla yang merupakan penghubung antara blogger dan masyarakat di Mesir. Di Malaysia pun ada pihak yang ditaja oleh Soros (baca artikel penuh ini). 

Turut terlibat dalam kerangka besar rancangan color revolution ini adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute) yang dipercayai membiayai Radio Kalima di Tunisia serta menyediakan geran latihan kepada NGO di Mesir iaitu The Egyptian Initiative for Personal Rights (baca artikel penuh ini)

Tangan Soros Biayai Aktiviti Demonstrasi Di Malaysia

24 Februari 2011, sekumpulan anak muda telah mengadakan diskusi "Pilihan raya atau pilihan jalan raya?" di 50-B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama. Mereka menjadikan Tunisia, Mesir dan Indonesia sebagai kayu ukur revolusi di jalan raya perlu diadakan di Malaysia. 

Dalam diskusi tersebut, dinyatakan bahawa revolusi di Mesir yang dimulakan oleh kumpulan April Youth 6 sebenarnya dilatih oleh Optor yang berpangkalan di Switzerland. Menurut moderator program tersebut, Optor Movement bersedia membantu mana-mana pertubuhan di Malaysia untuk mengadakan revolusi.

Ini bermakna diskusi tersebut juga telah ditaja oleh Optor, yang dibiayai oleh George Soros pada 10 Oktober 1998. Tidak hairan kenapa demonstrasi cuba diadakan di Malaysia (baca artikel penuh ini).

Maria Chin & Dana Asing
 
Phil Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi. NAMFREL di Filipina adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 (baca artikel penuh ini). 

Ini antara beberapa ulasan yang sudah diberikan sejak 5 dan 6 tahun yang lalu tentang bahaya dan agenda demonstrasi haram BERSIH di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mudah terlupa dengan agenda halus BERSIH ini. Segalanya masih belum terlambat. 

Lebih baik menjaga kestabilan ekonomi negara dan kemakmuran kehidupan yang sedang dinikmati kini daripada mengheret negara ke kancah kekacauan yang lebih teruk sebagaimana apa yang sedang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara. 

Orang yang mencetuskan demonstrasi di Mesir pun sudah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan (baca penuh artikel ini). Begitu juga rakyat di Libya, mereka kecewa kerana kekacauan yang berlaku tidak juga menjanjikan apa apa perubahan kepada mereka (baca artikel penuh ini). 

Apa gunaya menyesal selepas segalanya sudah jadi bubur. Masa tidak boleh diundur kembali. Rakyat Malaysia masih ada masa, berfikirlah panjang sebelum terpedaya dengan helah dan muslihat agenda asing.

 

Tiada ulasan: