Selasa, 26 Mac 2013


Lahad Datu : Statistik Terkini, 429 Sudah Ditangkap #PrayForSabah




Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.


Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.



Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.


Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya.

BERNAMA

Khamis, 14 Mac 2013


SUARAM Biaya RM2juta Kepada Pengganas Kiram?




Mandat Kerajaan Tamat Pada 28 April, Bukan 8 Mac


Guru Menghina Polis Bakal Dikenakan Tindakan Tegas



Guru Hina Polis Di Facebook Sudah Ditahan

Kota Bharu, 14 Mac - Polis Kelantan kini giat mengesan seorang
tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Feb lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

"Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong di sini hari ini.

Pada majlis itu, 96 anggota polis dari seluruh daerah di negeri ini diberi sijil penghargaan selepas menamatkan kursus bantuan awal menangani perusuh sebelum Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi.

'Print screen' yang ditunjukkan Jalaluddin kepada pemberita jelas menyatakan tenaga pengajar itu menghina anggota keselamatan yang berjuang menentang penceroboh di Lahad Datu dengan penggunaan perkataan seperti 'anjing', 'mati katak' dan 'doggie'.

Jalaluddin berkata beliau hairan dengan suspek yang berpendidikan tinggi, namun masih berfikiran sempit sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

"Kami turut terima laporan polis yang dibuat oleh seorang penjawat awam pada 5 petang semalam berhubung perkara itu dan kami percaya suspek sedang bersembunyi di negeri ini," katanya. - BERNAMA


1,888 Ibu Bapa Di Selangor Saman Khalid Ibrahim


Lagi Video Mendedahkan Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim


Tian Chua Pasti Takut Dengan Bukti Bukti Ini



Tian Chua kelihatan takut bila hadir di mahkamah pagi tadi,. Tian Chua dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang  disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac 2013. 



Ini kenyataan Tian Chua dalam Twitternya pada 1 Mac 2013. Tidak mengaku lagi ?

Tian Chua diwakili N Surendran, Latheefa Koya, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi peguam.



Ini kenyataan Tian Chua dalam Keadilan Daily. Mengapa Tian Chua tidak saman Keadilan Daily atau wartawan Aisha Geoffrey yang menulis artikel tersebut?

Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas satu kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu.


Ketakutan terpancar di wajah Tian Chua 

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.

Tunggu di mahkmah. Bukti sudah ada, buat apa hendak mengelak dari kesalahan lagi. Itulah balasan buat seorang yang tidak pandai menjaga mulut sendiri. Usah bersandiwaralah Tian Chua.


11 Sebab Anwar Ibrahim Tidak Layak Jadi PM #AnwarUTurn

Ahad, 10 Mac 2013


Video Nurul Izzah Memperlekehkan Pasukan Keselamatan Negara Di Sabah #PrayForSabah


Penduduk Ceritakan Pengalaman Bertembung Enam Pengganas Kiram Berwajah Begis



PENDUDUK Kampung Tanjung Labian yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan selepas diarahkan pihak keselamatan.


Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya,” kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini.

Penduduk tersebut turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.


“Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka. 

“Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan,” katanya - Harian Metro


Tangkai Kebal Ditemui Pada Mayat Pengganas Kiram





PENGGANAS Kiram yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal.


Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.


Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.



“Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan - Harian Metro



Gambar Operasi Polis Di Semporna #PrayForSabah










Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) mengawal keadaan ketika menjalankan pemeriksaan di beberapa rumah di Kampung Pinggir Bakau bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2 Mac lepas enam anggota polis maut dalam serangan penceroboh di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna - BERNAMA

35 Ahli PAS Keluar Parti




BESUT: Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi. 

Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai. 

"Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya," katanya kepada pemberita. 

Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam. 

"Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka," katanya. 

Majlis penyerahan borang keahlian UMNO didahului oleh Ali kepada Setiausaha UMNO bahagian Setiu, Ismail Samah. 

- BERNAMA


Gambar Ini Akan Membuka Mata Rakyat, Siapa Sebenarnya DAP-PKR-PAS

Teruk betul, terlalu taksub dan terlampau ekstrem. Ada banyak lagi cara yang lebih baik untuk kempen. Namun yang dicarinya dalah cara yang tidak bertamadun. Anwar, Hadi patut malu dengan kelakuan murahan sebegini. Propaganda yang low class.

Che Gu Bard Akui Azlan, Bapa Saiful Adalah Kaki Judi


Berikut adalah petikan daripada blog  Badrul atau lebih dikenali sebagai “Che'GuBard”. 


Baca tulisan Chegu Bard di bawah ini, Baca tulisan Chegu Bard tersebut di sini. PKR sudah menghidu kelemahan Azlan, ada kemungkinan Azlan telah dilakukan seperti Deepak? 


Deepak juga tersepit dengan hutang, Azlan juga begitu. Maka PKR masuk daun untuk ambil kesempatan. Tulisan di bawah ini adalah tuduhan dari Che Gu Bard sendiri yang ditulis pada 9 Mei 2010. 


Maka terbongkarlah teka teki mengapa sekarang baru Azlan mahu mengakui semua itu adalah konspirasi. Namun Azlan tidak menafikan Saiful telah diliwat, itu kesilapan skrip yang dikarang oleh PKR. Rakyat sudah tahu mainan licik mereka. Jangan ingat rakyat mudah tertipu.








NGO Daulat Buat Laporan Polis Terhadap Tian Chua


Gambar Gambar Ops Daulat #PrayForSabah