Ahad, 13 November 2016

SEPTEMBER 29TH, 2016
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS 1 Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2016.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata kadar pengagihan pendapatan berkenaan membabitkan pembayaran berjumlah RM700.63 juta yang dimanfaatkan lebih 393.000 pemegang unit langganan 11.486 bilion unit AS 1Malaysia.
Sehingga 23 September lalu, katanya, dana AS 1Malaysia memperoleh pendapatan kasar RM777.63 juta, dengan keuntungan penjualan saham syarikat menyumbang RM344.87 juta atau 44.4 peratus.
"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat pula menyumbang RM321.27 juta atau 41.3 peratus; dan bakinya RM111.49 juta (14.3 peratus) diperoleh melalui pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan pendapatan AS 1Malaysia di sini, pagi ini. Pengagihan pendapatan AS 1Malaysia akan dilaksanakan melalui pelaburan semula dalam bentuk unit yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2016.

Tiada ulasan: