Selasa, 26 Januari 2010

Ibarat Cinta Ilmu.

Hidup manusia tidak terpisah dengan erti cinta.


Manusia mengibaratkan bahawa cinta kepada seseorang seperti;

Makan tak lalu (walaupun makanan sedap tetapi makan sampai 2/3 pinggan).


Tidur tak lena(walaupun tempat tidur yang nyaman dan selesa tetapi tidur sampai tengah hari bila letih).




Mandi tak basah (walaupun terdapat bilik air yang serba canggih tetapi berendam sehingga berjam-jam lamanya).






Inilah hakikat cinta manusia sesama manusia yang diibaratkan dengan kata pujangga.


 Konsep ini harus diaplikasikan kepada cintakan ilmu pengetahuan.






Ahad, 24 Januari 2010

Syukur Akan Nikmat Allah S.W.T.

Kita sebagai hamba di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah S.W.T. Nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Ianya tidak dapat disukat dan dihitung. Ini jelas dinyatakan Allah S.W.T dalam firmanNya yang bermaksud;

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 18)

Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud;

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." (Surah an-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya. Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Begitu juga apabila negara kita Malaysia ini yang aman dan damai pada mulanya cuba dicemar dan diporak perandakan oleh sesetengah pihak supaya kita tidak bersatu padu serta mengalami perpecahan yang akhirnya kita berperang sesama sendiri.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat yang diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkanNya seperti mengekalkan pemimpin yang sedia ada, kerajaan yang sedia ada supaya apa yang kita dapat itu akan berkekalan nikmatnya kepada kita dan akan di tambahkan lagi nikmatnya kelak. Orang yang bersyukur kepada Allah S.W.T akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepadaNya dan mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Khamis, 21 Januari 2010

Fitnah & Khabar Angin Boleh Meruntuhkan Institusi Kenegaraan.

Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin serta golongan penyebar maklumat palsu.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu dari berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Jangan mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara.” (Riwayat Bukhori & Muslim)

Dalam dunia yang moden pada hari ini ditambah pula dengan kemasukan pengaruh budaya-budaya yang tidak sihat dalam negara, akhirnya akan membawa kepada keruntuhan institusi kenegaraan. Masyarakat Malaysia yang selama ini bersatu padu dan saling bekerjasama bagi membangunkan negara dan hidup secara aman kian terancam dan berkemungkinan akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan seterusnya tidak bersatu serta berhasad dengki sesama sendiri.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi bermaksud:


“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).

Khamis, 14 Januari 2010

Orang Jahil Selalu Ditipu.

Sejarah zaman dahulu menceritakan;

1. Firaun : terkenal dengan kuasa tenteranya yang kuat hinggakan dapat menundukkan manusia pada ketika itu untuk menyembahnya dan menanggap beliau sebagai Tuhan.

2. Hamman : menerusi kuasa yang ada padanya untuk memerintah manusia dan menyuruh manusia pada ketika itu menyembahnya dan menganggapnya sebagai Tuhan juga.

3. Qarun : terkenal dengan kekayaan yang tak terhingga hinggakan boleh mengawal manusia dan menyuruh manusia menyembahnya sebagai Tuhan.

Tetapi kesemua raja-raja ini tewas dan tumbang apabila Allah s.w.t mengutuskan seorang Nabi iaitu Nabi Musa a.s dengan penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, penguasaan ilmu pengetahuan amatlah penting supaya kita tidak ditindas dan diperdaya oleh orang lain.

Rabu, 6 Januari 2010

Pembinaan Negara Melalui Konsep Islam.





Agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan pesuruhNya. Ia merupakan agama yang diredhai serta menjadi cara hidup manusia untuk beribadat kepadaNya.




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku atas kalian dan Aku pun telah redha Islam menjadi agama bagi kalian.” (QS. Al Maa’idah: 3)




Dengan agama inilah Allah s.w.t menutup agama-agama sebelumnya. Allah telah menyempurnakan agama ini bagi hamba-hambaNya. Dengan agama Islam ini pula Allah menyempurnakan nikmat atas mereka. Allah hanya meredhai Islam sebagai agama yang harus mereka anuti. Oleh sebab itu tidak ada satu agama pun yang diterima selain Islam.


Allah s.w.t juga berfirman yang bermaksud;
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran: 19)

Allah s.w.t juga berfirman yang bermaksud;


“Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan pernah diterima darinya dan di akhirat nanti dia akan termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali ‘Imran: 85)



Dengan yang demikian tiada agama lain yang akan diterima oleh Allah s.w.t melainkan agama Islam dan kita sebagai hamba-hambanya dan umat kepada Nabi Muhammad s.a.w wajib menganuti dan beriman melalui Islam.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

“Muhammad itu bukanlah seorang ayah dari salah seorang lelaki diantara kalian, akan tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para Nabi.” (QS. Al Ahzab: 40)



Ajaran Islam diajar kepada umat manusia.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi terakhir yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa ajaran Islam kepada umat-umatnya di muka bumi ini dan nabi yang pertama adalah Nabi Adam a.s yang merupakan hamba Allah s.w.t.


 


Kalau dilihat sejarah selepas penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekkah ke Madinah, perlembagaan pertama didunia dibuat iaitu Perlembagaan Madinah diwujudkan bagi menjaga negara pada masa itu. Antara isi kandungan perlembagaan tersebut seperti demikian;


PERSATUAN SEAGAMA

Perkara 11
Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untuk memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, karena membayar wang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Perkara 12

Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya.

Perkara 13

1. Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman.
2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan
tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.

Perkara 14

1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya karana lantaran seorang yang tidak beriman.
2. Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.

Perkara 15

1. Jaminan Allah adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.

2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lainnya.

(Rujukan: Menurut riwayat Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah an-Nabi SAW juz II hal 119-123, dikutip Ibnu Hisyam (wafat : 213 H.828 M).






Penubuhan negara Malaysia oleh pemimpin kita pada masa lalu dengan mengwujudkan Perlembagaan Malaysia adalah salah satu pendekatan berkonsepkan Islam sepertimana Nabi Muhammad s.a.w lakukan untuk menubuhkan negara pertama di Madinah. Berasaskan Perlembagaan Malaysia ini, negara kita adalah negara Islam dan mendapat pengiktirafan dunia serta ia menjamin keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum hingga sekarang. Antara yang disentuh dalam Perlembagan Malaysia ialah perkara 3(1) yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Oleh yang demikian ianya bermaksud Malaysia adalah sebuah negara Islam kerana agama Islam merupakan agama rasmi negara tetapi pengamalan agama lain masih dibenarkan dengan tidak mengancam serta memesongkan orang-orang Islam di Malaysia. Jikalau satu-satu tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak bagi menyesatkan, mengelirukan serta ianya bertujuan tidak baik, bolehlah kita katakan agama lain mengamalkan agama mereka dengan tidak aman dan damai dan perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku dalam negara Malaysia.


 (Tidak menghormati Islam)