Khamis, 27 Disember 2012


Aksi Cemas Kejadian Banjir Di Terengganu




Video 1Malaysia Tolak Fitnah



Video Ini Perlu Ditonton Oleh Generasi Y



Video Ini Bukti Mazlan Aliman Ditolak Masyarakat Felda


Rabu, 26 Disember 2012


Nik Aziz Sanggup Biarkan Pengikut PAS Terus Taksub Dengan Amanat Hadi Awang




Gambar Pemuda PAS Kantoi Di Negeri Sembilan




Gambar : Tengku Mahkota Pahang Menggoreng Ayam Untuk Mangsa Banjir


25 DIS. 2012 - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggoreng ayam yang akan disumbangkan oleh baginda sendiri kepada 151 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan.

Gambar : Pemuda Ini Selamat Biarpun Dibawa Arus Banjir

Alhamdulillah, biarpun dibawa arus tetapi akhirnya pemuda ini selamat. Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa. 

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. 

Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. 

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

Gambar Sultan Mizan Redah Banjir Lawat Rakyat


Semalam Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Besut dan berkenan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi. Inilah watak pemimpin berjiwa rakyat. 

 

Lagi Video Pendedahan Kesan Amanat Hadi Awang Oleh Bekas Ahli PAS



Orang PAS Perlu Tengok Sampai Habis Ulasan Video Ini



Video Ustaz Faiz Ulas Hubungan PAS Dengan DAP



Harussani Gesa Hadi Awang Tarik Balik Amanat Kafirkan UMNO



Kenyataan Terbaru Guan Eng Meretakkan Hati Penyokong PAS



Video Bekas Penulis Harakah Dedah Keburukan PAS


Khamis, 20 Disember 2012


Nik Aziz Berfatwa Lagi, Tuduh UMNO Mungkar Pula Kali Ini






300 Anggota NGO Sabah Sertai UMNO



Video Untuk Ditonton Oleh Pelajar Yang Sedang Bercuti Sekolah



Video Ini Mendedahkan Gerakan Syiah Dalam PAS


Selasa, 18 Disember 2012


Tambah 13 Kerusi, Bermaksud DAP Hendak Ambil Kerusi PAS?



Nik Aziz Beri Tanah Bernilai RM14.2 juta Kepada Nga & Ngeh


Ada pihak yang cuba mempertahankan Nik Aziz kononnya beliau tidak terlibat dalam skandal pemberian tanah kepada pasangan bersaudara Ngeh dan Nga.:Klik sini


Hari ini blog Akar Umbi mendedahan tanah tersebut dianugerahkan oleh Nik Aziz sendiri kepada syarikat Upayapadu Platations Sdn Bhd.


Dengan menggunakan kaedah ali baba, 3 penama Melayu sekarang ini sudah bertukar nama kepada kroni DAP. Kenapa baru sekarang untuk menukar nama pemilikan syarikat tersebut bukan semasa mereka menjadi kerajaan Perak selama 11 bulan. 
Kesemua ini untuk menutup kerja jahat mereka.Cuba mengambarkan seolah pemimpin kerajaan haprak pakatan selama 11 bulan adalah bersih dan tidak makan rasuah..
Akar Umbi - Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.

Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.

Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.

Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.

Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation ke atas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?

Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan,

Di samping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim.  Baca selanjutnya di blog Akar Umbi.

Sumber : Pisau.net

Status Terkini Pergaduhan Di Sungai Petani



Ariffin SM Omar Tuduh Kakitangan Awam Melayu Punca Rasuah

Inilah pengkhianat bangsa. Naib Pengerusi baru DAP (jawatan ehsan) Dr Ariffin SM Omar bagaikan senada dengan Tony Pua dalam mengecam kakitangan awam. 

Dr Ariffin tanpa sedar menghina dirinya sendiri yang juga mendapat elaun dari cukai rakyat sebagai senator dengan mendakwa punca rasuah yang berlaku adalah kerana monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan Awam.

Ini satu lagi contoh Melayu tidak sedar diri. Baru dapat jawatan sudah mahu digadai bangsa sendiri. Sanggup menjadi "barua" DAP semata-mata hendak berkuasa. Talibarut sebeginilah yang telah menindas orang Melayu ketika zaman penjajahan Jepun dahulu.  

DAP Tidak Jaga Hati PAS - Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah



Video ADUN Sekinchan Dakwa Ada Politik Wang Dalam DAP #DAPTolakMelayu

Isnin, 17 Disember 2012


Harakahdaily Akui Mereka Sebenarnya Suka Tabur Fitnah


KUALA LUMPUR: Para blogger Umno mendakwa akaun facebook yang dimiliki oleh Norhashimah Mohammad yang menghina polis adalah rekaan semata-mata.

Gambar yang digunakan oleh status orang ini pula adalah milik seorang pekerja Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar.

Semakan Harakahdaily ke atas akaun Facebook yang dimilki oleh Norhashimah Mohammad ini sudah tidak ada lagi.

Sebaliknya, satu fan page (gambar) telah dibuka atas nama Norhashimah Mohamad ini.

Harakahdaily dengan ini menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini dan memohon maaf kepada pihak yang berkenaan termasuk pasukan polis. Beriku adalah tulisan Harakahdaily tentang fitnah yang telah dibuat mereka terhadap polis.

Akhirnya setelah dibongkar oleh Harapan Esok, Harakah menyerah diri dan seakan mengakui maklumat yang sampai kepada mereka tidak tepat. Inilah tahap kewartawanan yang ada pada Harakah. Memang tidak boleh dipercayai sumber-sumber yang mereka ada.

Tahniah dicuapkan kepada Harapan Esok. Konklusinya mudah, tak payah baca Harakah sebab mereka penuh fitnah dan hasutan serta menipu.



Afdlin Shauki Bidas Kembali Keceluparan Abby Abadi




Anwar Ibrahim Kutuk 7 Orang Calon Melayu DAP #DAPTolakMelayu



PAS Terengganu Takut Tengok Gambar Ini


Ahad, 16 Disember 2012


Setiausaha Agung PAS Kecil Hati Dengan DAP? #DAPTolakMelayu



Video Ini Pasti Buat Pendemontrasi BERSIH Tidak Tidur Lena



ADUN Sekinchan Dakwa Ada Politik Wang Dalam Pemilihan CEC DAP #DAPTolakMelayu

ADUN DAP Sekinchan akui memang ada unsur politik wang dalam pemilihan DAP. Patutlah Teresa Kok dan teamnya jatuh teruk ke tangga ke bawah. Sivakumar bekas Speaker masa zaman Nizar pun kalah terus. Beranikah DAP siasat dakwaan ADUN Sekinchan ini?


Mahfuz Omar Sudah Khianati PAS?



Video Ini Bukti DAP Akan Bertanding Lebih Banyak Kerusi Dalam PRU13



Bukti PKR Terima Duit Asing - Pendedahan Bekas Orang PKR Sendiri

AIDCNews – 02/10/12 – Pengasas Parti Keadilan, Ng Lum Yong mendakwa dana dari penyangak matawang Yahudi, George Soros yang disalurkan kepada SUARAM juga menjadi transit untuk diagihkan badan-badan lain, termasuk PKR dan BERSIH.

“Saya anggap politik di Malaysia bukan politik tempatan, dia politik antarabangsa. Kita boleh nampak, sejak Parti Keadilan Nasional ditubuhkan (pada tahun 1999), Suaram mengambil peranan yang cukup penting kerana segala dana yang disalurkan ke PKR.

“Saya tahu kerana saya pengasas parti, saya memang duduk dalam jawatankuasa (pimpinan pusat). George Soros memang ada biayai aktiviti PKR. Dia seorang Yahudi yang menyokong (dasar-dasar) Israel,” katanya kepada Antarapos.

Menurut Ng, dana Soros itu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan menabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru.

Menurut laman whoaresuaram.com, Sivarasa Rasiah, orang kepercayaan Anwar adalah merupakan pengasas SUARAM.

Selain Sivarasa, terdapat 4 orang aktivis PKR lagi yang menjadi tulang belakang SUARAM, iaitu Dr Syed Hussein Ali, Tian Chua, Elizabeth Wong dan Irene Fernandez.


           Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel bersama Pengerusi BERSIH, S Ambiga

SUARAM pula amat berkait rapat dengan BERSIH, di mana Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga juga turut mengakui turut menerima dana Soros dan NED (National Endowment for Democracy).

Selain BERSIH, SUARAM juga berkait rapat dengan 4 lagi badan iaitu LFL (Lawyers for Liberty), CIJ (Centre for Independent Journalism), Mkini dotcom/Seacem, dan Merdeka Centre di mana kesemua badan-badan itu mendapat tajaan dana daripada sumber asing yang sama.


Sumber : AIDC

Nizar Jamaluddin Akui Abby Abadi Banyak Buat Dosa



Abby Abadi dan pemimpin PAS tidak mahu komen gambar di atas?



7 Analisis Mudah Mengapa DAP Dipanggil Parti Kroni 2K

 
 DAP sama sekali berbeza dengan BN. Tidak boleh samakan DAP dengan BN kerana BN adalah parti komponen gabungan 14 parti parti lain yang berbilang bangsa. Guan Eng silap jika samakan DAP dan BN. 
DAP adalah parti yang bukan multi racial. Hanyalah satu parti yang dikuasai oleh kroni anak beranak 2K iaitu Kit Siang dan Karpal Singh. Apa hujah untuk buktikan DAP melampau? 
Ada, pertama DAP memang begitu bersungguh sungguh menentang hukum Islam. Sama ada undang undang mahkamah syariah dan juga begitu ekstrems dalam menuntut agar kalimah Allah digunakan selain daripada Islam.
Kedua, tidak usah pergi jauh, di Pulau Pinang sendiri, DAP sudah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada orang Melayu. Malah rakan dalam PAS pun diketepikan langsung dalam pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Itu bukti DAP melampau. 
Berikut adalah senarai penuh 20 orang Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang dipilih 1,823 orang perwakilan DAP dalam Konvensyen DAP yang diadakan di Pulau Pinang. Kesemua 7 orang calon Melayu yang bertanding kalah. Dari 68 orang yang bertanding, tiada seorang pun calon Melayu terpilih.
Analisis
1) Apakah parti yang menggunakan nama demokratik itu layak digelar sebagai parti "multi racial" setelah kekalahan 7 orang calon Melayu tersebut? 
2) Paling menarik adalah penguasaan dua orang anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang berada di kedudukan 1 dan 2. Begitu juga dengan kedudukan Karpal Singh (3) dan Gobind (8). 
3) Paling menarik adalah kedudukan team KOKS (Kit Out Kit Siang) yang jatuh mendadak di kedudukan terbawah iaitu Teresa Kok daripada tangga ke-6 ke kedudukan ke-18 serta M.Kulasegaran yang dulu berada pada kedudukan ke-5 jatuh teruk ke kedudukan ke-15. Apakah ada manipulasi undi untuk menjatuhkan pihak yang mahu menentang kumpulan Godfather?
4) Apakah DAP ada database ahli yang sah di seluruh negara? Siapa yang calonkan nama-nama yang bertanding di peringkat pusat? Apakah prosesnya adalah daripada ahli ahli marhaen DAP? Rasanya tidak. Sebab itu DAP hanya kekal diperintah oleh satu keluarga sahaja sejak beberapa empat dekad yang lalu.
5)  5 orang calon team Ronnie Liu menang dari 9 orang yang diletakkan, tiga orang menguasai tangga 10 teratas. Namun Ronnie Liu tumpas. Faktor utama adalah kerana tidak membawa bersama nama Kit Siang dan Karpal dalam pasukannya.
6) Ean Yong Wah, orang kuat Teresa Kok tumpas. Daripada senarai 17 orang senarai pilihan Teresa Kok, hanya 5 orang sahaja yang menang termasuk Teresa Kok. Ini bermaksud Ronnie Liu sudah menang dengan Teresa Kok di Selangor?
7) Kit Siang dan Karpal pun bertanding lagi. Ini yang jelas menunjukkan mereka gila kuasa.
1. Lim Kit Siang (1,607) [ranking pertama pada 2008]
2. Lim Guan Eng (1,576) [2]
3. Karpal Singh (1,411) [9]
4. Chong Chieng Jen (1,211) [8]
5. Loke Siew Fook (1,202) [11]
6. Vincent Vu (1,202) [new]
7. Tan Kok Wai (1,199) [3]
8. Gobind Singh Deo (1,197) [20]
9. Tony Pua (1,162) [13]
10. Teng Chang Khim (1,152) [15]
11. Fong Kui Lun (1,137) [4]
12. Nga Kor Ming (1,075) [16]
13. Chong Eng (1,006) [14]
14. Chow Kon Yeow (986) [17]
15. Liew Chin Tong (984) [new]
16. M Kulasegaran (984) [5]
17. Boo Cheng Hau (958) [19]
18. Teresa Kok (925) [6]
19. Teo Nie Ching (903) [new]
20. Ngeh Koo Ham (824) [10]

Isu Roboh Kuil, MB Selangor Akan Letak Jawatan




Abby Abadi Kecam Kerajaan PAS Kelantan?


Abby Abadi patut tanyakan soalan di atas kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS sejak 22 tahun dahulu di Kelantan. Berapa jumlah masjid yang dibina oleh kerajaan PAS Kelantan berbanding markas PAS? 



Selasa, 11 Disember 2012


Teguran Terbaik Ustaz Kazim Untuk Renungan Pemimpin PAS



Isnin, 10 Disember 2012


Fakta Rahsia Zikir Menurut Sains


"Berzikirlah dengan menyebut nama Allah zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."     (Q.S. Al Ahzâb: 41-42)

 "Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks.

Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. 

Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit."

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan, sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.

Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA

Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:

1) Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir 

2) Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya. 

3) Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan. 

4) Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.  

5) Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah. 

6) Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah. 

7)Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati. 

8)Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah. 

9) Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati. 

10) Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur. 

11) Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.


Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"