Isnin, 16 November 2015

Bajet 2016 Diluluskan Parlimen #KekalNajib

PAS Sifatkan Guan Eng Sebagai "Merapu"

Akhirnya Inilah Kesudahan Pihak Yang Memfitnah Yapeim

Memohon maaf kerana dan melahirkan rasa kesal. Mungkin skrip yang sama akan dibuat oleh Akmal dan kumpulan NWO yang mempertikaikan tentang dana Yapeim.

Jamil Khir Akan Kemuka Saman Fitnah

Layanan Macam Mana Lagi Yang Anwar Mahu?

Inilah Cita Cita DAP Mahu Gunakan Melayu

Khamis, 12 November 2015

Pembentangan Bajet 2016

Alvin Tan Hina AL QURAN

Punca Banjir Lumpur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Diketahui Dua Minggu Lagi

BENTONG - Punca kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan tentang perkara itu akan dimaklumkan selepas pakar-pakar yang berkaitan selesai membuat kajian terperinci berhubung insiden tersebut.

"Tunggu pakar kita selesai buat siasatan, kawasan yang terlibat sehingga dua kilometer ke dalam, jadi mungkin ambil masa sehingga dua minggu untuk buat dokumentasi," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan kejadian tanah runtuh di lebuh raya berkenaan sebelum melakukan tinjauan udara di sini Khamis.
Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Katanya, berdasarkan laporan awal daripada pemegang konsensi lebuh raya berkenaan Anih Berhad, terdapat 'aktiviti' di tengah hutan menyebabkan ada aliran air yang membawa segala bahan seperti serpihan kayu, batu dan balak sehingga melimpah masuk ke lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pembalakan selagi siasatan belum selesai dijalankan.
"Saya kira ada beberapa perancangan yang kita akan lakukan di bawah kementerian di mana kita akan duduk berbincang bersama pegawai daerah, JKR Pahang dan kerajaan negeri untuk mengetahui punca sebenarnya.

"Kita akan mencari resolusi terhadap perkara ini demi kelestarian masa depan infrastruktur terhadap alam sekitar kepada keadaan sekeliling termasuk aktiviti pembalakan dan pembangunan di tanah tinggi di mana kita mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan," katanya.

Katanya ia bagi memastikan sebarang kegiatan pembangunan yang dilakukan itu tidak mendatangkan bahaya kepada infrastruktur terutamanya melibatkan pengguna jalan raya.

Sementara itu Fadillah berkata kerja-kerja pembersihan lebuh raya berkenaan kini masih giat dilakukan dan pengguna jalan raya diminta tidak memasuki lebuh raya itu bagi mengelak gangguan terhadap kerja-kerja pembersihan.

"Apabila ada arahan tidak boleh masuk jangan masuk, sebab nanti ia akan menjejaskan kerja-kerja khususnya kenderaan berat yang datang membantu membersihkan banjir lumpur," katanya.

Setakat ini, beliau berkata hanya satu lorong dibuka tetapi hanya untuk menyuraikan kenderaan yang tersangkut disebabkan kejadian semalam dan tidak dibuka kepada kenderaan lain kerana dikhuatiri akan berlaku banjir lumpur kedua.

Menurutnya pihak lebuh raya akan berbincang dengan polis dan mendapatkan laporan penuh terlebih dahulu sebelum membuka laluan untuk memastikan lebuh raya ini selamat untuk dilalui.

Dalam masa yang sama, beliau juga tidak menggalakkan pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat menggunakan jalan lama Bentong-Kuantan kerana jalan itu terlalu kecil selain turut dilanda banjir semalam sebaliknya disaran menggunakan jalan alternatif dari Karak-Bahau seterusnya ke Kuantan. -Bernama-

Bajet 2016.


BAJET 2016.

10 Strategi DAP Yang Orang Melayu Wajib Tahu

Hati Hati Dengan Aplikasi Al Quran Di Internet

Ekonomi Islam Dunia, Malaysia Di Tangga Pertama

TPPA : Sebelum Hendak Membantah, Dengar Dulu Penjelasan Tok Pa Ini


Sanggupkah Tony Pua Tengok Video Ini?, Mendalam Ulasan Ini


Betapa Terdesaknya Parti Baru Tajaan DAP

Ini Sebabnya Mengapa Tiada Tol Di Sabah & Sarawak


Rabu, 5 Ogos 2015

DAP Pun Dapat Derma, Siapa Penderma Itu?

Dana RM2.6 Billion Bukan Daripada 1MDB


Isnin, 18 Mei 2015

PM @NajibRazak Menjawab Tuduhan

Yang Dipertuan Agong Lakukan Penerbangan Rasmi ACJ 320





Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh Kerajaan, hari ini melakukan penerbangan rasmi yang pertama dengan membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pesawat ACJ 320 itu membawa Yang di-Pertuan Agong ke Pulau Langkawi. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada jam 10 pagi.

Perolehan pesawat ACJ 320 itu bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.

Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

Pesawat ACJ 320 itu tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2015 setelah berlepas dari Hamburg, Jerman dan berhenti di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi bahan bakar.

Pesawat berkenaan membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.

Laluan Hamburg - Almaty - Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu.

Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan.

Selain ACJ 320, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperolehi pada tahun 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.

Pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan Sultan-sultan, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang-orang kenamaan.

JABATAN PERDANA MENTERI
17 Mei 2015

Hanya Seorang Sahaja Melayu Dapat, Apa Sudah Jadi?

Isnin, 16 Februari 2015

Ada Peguam Anwar Berani Buat Begini?

Masuk Sahaja Penjara, Terus Ngadu Sakit Belakang

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Berada Pada Tahap Baik

Isnin, 2 Februari 2015

Benarkah Wujud "George Soros Malaysia"?



Ahad, 1 Februari 2015

Dalang Yang Cuba Sabotaj Ekonomi Ini Wajar Disiasat

Serangan Matawang Ada Dalam Dokumen Ini

Dalang Sabotaj Ekonomi : Bank Negara Harus Segera Siasat

Ahad, 18 Januari 2015

Pernah Pertikai Kalimah Allah, Guan Eng Juga Perlu Disiasat



Ketua Menteri Pulau Pinang ini nampaknya bercakap main lepas sahaja sekarang ini. Dalam isu Eric Paulsen, nampaknya Guan Eng seolah cuba menyalahkan pihak polis bila menahan Eric untuk siasatan. Mengapa mereka dilihat cuba mempertahankan seorang yang telah tuduh JAKIM sebar unsur keganasan dalam Khutbah Jumaat?  

Untuk rekod, bulan lepas Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila beliau berkata bukan Islam di Pulau Pinang bebas untuk menggunakan kalimah Allah. Lim dilaporkan mendakwa bahawa Enakmen Negeri Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004 tidak boleh dikuatkuasakan ke atas bukan Islam (baca sini)

Nampaknya Guan Eng juga perlu ditahan sama untuk disiasat kerana turut mempertikai kedudukan Islam di negara ini. Apakah orang Islam (yang masih ada dalam PAS, PKR dan yang mula hendak masuk DAP) tidak sebar apa rancangan besar mereka (DAP & PKR) sedang buat di negara ini. 

Satu persatu mereka pertikaikan, apa tujuan akhir mereka sebenarnya?

Rabu, 14 Januari 2015

Sanggupkah Rafizi Pandang Gambar Gambar Ini?

Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Tegur Peguamnya Agar Jangan Provokasi Khutbah Jumaat?


Ini bukti jelas Eric Paulsen adalah peguam Anwar Ibrahim dalam kes rayuan liwatnya. Mengapa Sheikh Anwar Ibrahim langsung tidak tegur peguamnya itu agar jangan provokasi khutbah Jumaat? Kenapa diam sahaja? Biarkan sahaja Eric Paulsen buat perangai begitu? Anwar Ibrahim sanggup subahat sama dengan Eric Paulsen?

Ahad, 4 Januari 2015

Video Ini Mungkin Beri Sedikit Jawapan Punca Banjir Di Kelantan


Benarkah Gambar Nik Aziz Tidak Terkena Selut Banjir?



Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Moga ada pencerahan daripada orang agama tentang perkara ini. Video ini boleh dinilai sendiri oleh semua muslimin dan muslimat. Apa motif perakam video di atas sebenarnya? Sepatutnya membantu mangsa banjir, tetapi perkara lain pula yang "dibantu".


Bukti Anwar Memang Tidak Boleh Diharap