Selasa, 29 Januari 2013


Haron Din Akan Kena Pecat Hari Ini?




Video Ikrar Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia


Pengundi PAS Ini Tidak Mahu Lagi Undi Nik Aziz


Nik Aziz Menyesatkan Umat Islam Lagi, Undi PAS Dapat Pahala Diulangi Lagi








"Berbudi Bahasa" Betul Ahli Parlimen PAS Ini Berbicara


Contoh tarbiyah PAS. Contoh yang tidak baik untuk anak anak muda PAS. Maka jangan hairan bila ada anak muda yang sanggup maki hamun pemimpin dalam Facebook, Twitter dan komen komen dalam Malaysiakini. 

Ini kerana mereka meneladani "budi bicara' Ahli Parlimen mereka yang di atas. Cukup memalukan PAS ada seorang Ahli Parlimen yang standard percakapannya sebegini rupa. Sudah hilang cerdik pandai dalam PAS?

Skandal Balak Kedah : Rasuah Geran Tanah Untuk Dapat Projek


Rasuah geran tanah untuk dapat projek balak? Berat sungguh ini. Baca pendedahan selanjutnya di sini.

Layanan Berbeza Buat Karpal Singh dan Nasharuddin Serlahkan Apa Pendirian PAS Sebenar Dalam Isu Kalimah Allah SWT


19 Januari 2013, Karpal Singh secara terbuka menggesa agar Majlis Syura tukar keputusan bagi membenarkan kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh DAP sebagai mana yang diminta oleh Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012. 

Gesaan yang tidak sepatutnya berlaku, ini kerana Majlis Syura bukanlah satu komponen atau sayap bagi parti DAP. Namun gesaan itu nampak semakin biadap dan keras bila mengenepikan secara langsung prinsip dan asas agama demi menghalalkan segala-galanya dalam politik. Oleh kerana teringin benar ke Putrajaya, maka PAS akhirnya tunduk juga di kaki kerusi roda DAP. 


Buktinya, Nik Aziz sendiri datang menyembah Karpal Singh pada 27 Januari 2013 di Pulau Pinang. Orang yang menggesa dan mendesak agar kalimah Allah digunakan oleh DAP diraikan dengan kek. 

Orang yang suci dan murni mempertahankan kalimah Allah SWT pula dipecat terus dari Majlis Syura tanpa sebarang pembelaan. Inilah demokrasi cara Barisan Alternatif. Itulah layan yang cukup berbeza diberikan Nik Aziz terhadap Karpal Singh dan Nasharuddin Mat Isa. 



Selepas sambut hari jadi dengan Karpal Singh, Nik Aziz diberikan kek harijadi ini sebagai hadiah. Harakahdaily turut memberikan liputan penuh pada berita ini. Apa motif politik Harakahdaily terhadap berita ini? 

PAS lebih sanggup bersama Karpal Singh dalam isu kalimah Allah SWT daripada bersama orang - orang yang berprinsip dan berdiri teguh dengan asas agama. Silap sikit terus pecat. Kalau Nik Aziz raikan harijadi di rumah Nasharuddin Mat Isa, agaknya apa akan jadi? 

Sudah tentu pilihan itu tidak akan dibuat oleh Nik Aziz. Penasihat penasihatnya akan menyatakan  itu akan merugikan buat PAS kerana sudah pasti DAP akan terus menjauhi PAS. Silap silap DAP boleh berpisah dengan PAS sebagaimana yang berlaku pada tahun 2001. 

Hari ini sudah jelas, siapa PAS yang sebenarnya. Apa pendirian PAS sebenarnya. Sudah terang lagi bersuluh, bulan yang purnama itu sudah pun dijajah mindanya oleh roket roket DAP. Sedarlah  pengundi Islam di Malaysia sekalian, pilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk buat agama, bangsa dan tanahair. Renunglah dalam dalam. 



Nasharuddin Mat Isa Sah Tidak Akan Bertanding Atas Tiket PAS Lagi

Di bawah ini adalah kenyataan Hasan Ali, namun dalam satu temubual dengan Nik Aziz, memang sudah sah Nasharuddin Mat Isa tidak akan dicalonkan sebagai calon PAS. Ini bermakna seorang lagi anak didik Fadzil Nor sudah dicantas oleh Anwar Ibrahim.


KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS

Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013


Haron Din Bakal Dipecat Selepas Nasharuddin Mat Isa?





Puas Karpal Singh melihat PAS akhirnya tunduk dengan desakan DAP untuk memecat Nasharuddin Mat Isa dalam isu kalimah Allah SWT. Lebih tersenyum puas lagi bila melihat Nik Aziz tunduk dan datang mengadap Karpal Singh. 

Apa perancangan DAP selepas ini? Ada lagi yang masih lagi menghalang DAP, orang itu adalah Haron Din. Jadi apa langkah DAP untuk gugurkan Haron Din dari PAS?


Beza jauh pandangan Haron Din dan Anwar Ibrahim. Hanya Haron Din yang masih belum berani dipecat oleh Anwar Ibrahim. Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa sudah kena, bila tiba giliran Haron Din?

Ahad, 27 Januari 2013


Video Masyarakat Cina Menolak PAS di Kedah


Video Pendirian Guru Guru Pondok Berkaitan Kalimah Allah SWT


Video Yang Pasti Buat Azizan Razak Sakit Jantung Lagi





Gambar Gambar Ini Buat Nasharuddin Mat Isa Dipecat




Video Yang Pasti Buat Nik Aziz Tidak Senang Duduk


Calon : Faktor Penentu Kemenangan PRU13

Jumaat, 25 Januari 2013


Ustazah PAS Ini Sanggup HIna Ibu Bapa Sendiri Untuk Raih Undi



Blogger Pembangkang Sanggup Ambil Laporan Zionis Untuk Burukkan Lawatan PM ke Gaza

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.

Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.

Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.

Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.

Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.

Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.

Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.

Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.

Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.

Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.

Sumber: MyKmu


Azmin Ali Akan Desak Hadi Awang Pecat Dua Pemimpin PAS Ini




Siapa Yang Haron Din Maksudkan Ini?




Ada Ahli DAP Yang Sudah Tidak Percaya Lagi Pada Guan Eng




Hanya Ahli PAS Pulau Pinang Sahaja Berani Buat Aksi Begini




Gambar Ini Cukup Menceritakan Betapa Risikonya Misi Kemanusian Dato Seri @NajibRazak ke #Gaza


Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Najib Razak kerana mencatat sejarah baru dalam hubungan Palestin dan Malaysia. Mengeratkan ukhuwah demi keamanan dan kemakmuran umat Islam sejagat. Gambar di atas ini cukup menceritakan betapa berisikonya misi ke Gaza. 

Ahad, 20 Januari 2013


Ini Buktinya : Bible Bahasa Melayu Sudah Masuk di Pulau Pinang


Pendedahan dibuat oleh lelaki ini sambil menunjukkan gambar dua orang lelaki yang dipercayai mengedarkan Bible tersebut di Pulau Pinang. Apa tindakan yang perlu diambil oleh Exco Agama Islam Pulau Pinang dalam isu ini?

Video Kenyataan Haron Din Membantah DAP Mahu Benarkan Kalimah Allah Dalam Bible


Apakah Haron Din akan dicadangkan oleh Azmin Ali untuk disingkirkan daripada PAS kerana kenyataan beliau ini? Azmin Ali tidak setuju dengan keputusan Majlis Syura dan masih lagi senada dengan Karpal Singh mahu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible. Yang menjadi persoalannya, beranikah Hadi Awang dan Nik Aziz menentang kenyataan Azmin Ali yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura?


Ismail Mina Selar Tindakan Azmin Ali Dalam Isu Kalimah Allah


Beranikah PAS Lawan Cakap Karpal Singh Ini?


Biarpun sudah diputuskan oleh Majlis Syura tetapi Karpal Singh tetap Karpal Singh. Masih berdegil dan berpegang kepada prinsipnya. 

Yang gugur prinsip dengan DAP adalah Hadi Awang dan Nik Aziz bila bersama-sama membenarkan kalimah Allah sebagaimana yang dimahukan oleh DAP. 


Bila Karpal Singh buat begini, nescaya PAS tidak akan berani berbuat apa-apa Karpal Singh. PAS cukup takut dengan Karpal Singh daripada tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Pembahagian Kerusi & Calon Hampir Selesai, PRU13 Makin Hampir




KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbincangan soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) telah hampir selesai dan begitu juga pemilihan calon-calon di mana sebahagian besarnya telah pun diputuskan di dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini.


Menurut Najib, biarpun begitu namun masih ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian yang lebih mendalam untuk memastikan bahawa pilihan calon tersebut tepat bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari sudut penerimaan rakyat.



"Dalam menghadapi PRU tidak lama lagi, semua parti komponen BN telah diberikan panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara lain seperti manifesto, logistik dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan persediaan menghadapi PRU ini.



"Manakala tarikh pengumuman calon pula setakat ini kita masih belum putuskan bila, namun perbincangan serta pandangan tentang perkara tersebut telah pun ada. Namun kita belum buat keputusan lagi bila masa yang sesuai untuk membuat pengumuman tersebut," kata beliau kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC, Khamis semalam.

Video Ini Bukti Azmin Ali Lebih Rela Ikut DAP Dari Majlis Syura PAS


Video Ustaz Kazim Nak Boh Penyepak Kat Ngeh Koo Ham


Kalimah Allah : Orang PAS Kena Dengar Video Ustaz Kazim Ini


Dua Lelaki Ini Dicari Kerana Mengedar Bible Di Pulau Pinang


Dua lelaki ini sedang mengedar bible kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang pada 17-1-2013 jam 12.30 tengah hari. Apakah sudah ada gerakan terancang di Pulau Pinang untuk  mengedarkan bible kepada orang Melayu?  Jika benar ada gerakan sebegini, ianya perlu dicegah dengan peruntukan undang undang yang sedia ada. Hormatilah Perlembagaan Persekutuan dan jangan rosakkan perpaduan yang sedia utuh di negara ini dengan tindakan tindakan sebegini. 

Dato Seri @NajibRazak Beri Signal PRU13 Sudah Makin Hampir


Beranikah Ustaz Ustaz PAS Tegur Pemimpin PKR Ini?



Video Ucapan Dato Seri @NajibRazak Dalam Persidangan Transformasi Perundangan


Siapa Pilihan Rakyat Dalam PRU13? Ikuti Video Ini


Kalimah Allah : Azmin Ali Tentang Keputusan Majlis Syura PAS


Rabu, 16 Januari 2013


Listen #Listen Listen Bawani: Contoh Finland & Turki Untuk Pendidikan Percuma Tidak Tepat


Contoh Finland adalah tidak relevan. Rafizi Ramli pun pernah memberikan contoh yang sama dan sudah terkantoi. Rasanya Bawani perlu membaca semula artikel ini untuk tujuan pembelajaran semula. 

Begitu juga contoh negara Turki yang diberikan Bawani, Anwar Ibrahim pun sudah terkantoi dan jarang lagi menyebutnya dalam ceramah ceramah beliau (baca sini). Sebagai seorang yang masih belajar, Bawani perlu membetulkannya. 

Baca, baca dan baca.

Siapa Sebenarnya Bawani Listen Listen #Listen ?



Gambar ini cukup menceritakan siapa sebenarnya Bawani dan apakah pemikiran yang sudah ada dalam minda pelajar tahun dua perundangan di UUM itu. Bawani memang seorang yang aktif dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan perkara ini diakui sendiri oleh Malaysiakini (baca sini). 

Jika dilihat pada hujah yang diberikan Bawani ketika bertanyakan soalan, ianya seakan sudah terlatih dan distruktur dengan baik contoh contohnya. Tinggal masa untuk dilontar sebagai persoalan. 

Memang diakui kesilapan di pihak yang cuba menjawab kerana cuba menggunakan teknik "satu hala" bagi mematikan hujah. Kaedah yang dirasakan sudah baik tetapi akhirnya menimbulkan polemik dan menjadikan ianya kurang popular secara etikanya. 

Terbaik adalah mengadakan debat pendidikan percuma antara Bawani vs Sharifah di luar kampus. Sudah tentu ramai yang ingin tengok dan menyaksikannya. Shasha Mendoza boleh menjadi moderator debat di Twitter. 


Berbalik pada Bawani, gambar di atas adalah ketika Bawani menjalani latihan di Kongres Pemuda Sosialis Pertama pada 30 Meti 2010 di Dewan Sivik, Kota Damansara. 31 orang yang dilatih termasuklah Bawani, tidak hairanlah Bawani begitu petah berbicara tentang isu yang sudah pun menjadi hafalan hariannya.


Bawani juga mencuba diri dalam pilihan raya kampus, tetapi dia tewas. Oleh kerana itu, tidak hairanlah, Bawani mahu di bawa ke pejabat PSM pada hari Jumaat ini (18hb) untuk sidang akhbar mengenai apa yang berlaku di UUM. 

Trend menjadikan seseorang sebagai ikon bagi sesuatu isu adalah satu teknik yang digunakan secara meluas oleh mereka sekarang. Daripada seseorang yang langsung tidak dikenali terus menjadi popular. Teknik ini sudah berjaya di Tunisia, Mesir, Pakistan dan Iran. Porak peranda juga negara kerana kekuatan isu dan imej ikon yang yang ditonjolkan secara kolektif dan meluas. 

Sudah lengkap rasanya dalam PAS, PKR, DAP dan kini PSM, mesti ada seorang ikon anak muda yang diketengahkan dan ditonjolkan sebagai wira bagi sesuatu isu. Mereka itu memang ahli parti tetapi dalam konteks penonjolan imej baru, mereka dilambung tinggi sebagai seorang yang bebas dan hero bagi sesuatu isu. 

Tidak hairan kalau Bawani bertanding dalam PRU13 nanti. Bukan sahaja Bawani tetapi ada beberapa ikon baru yang akan turut sama. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan BN untuk mengatasi cabaran ini?