Ahad, 9 Disember 2012


Sukarelawan Malaysia di Gaza Ditembak?

JABALIAH, Sempadan Gaza-Israel 9 Dis. - Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan tembakan amaran ke arah sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012.
 
Tembakan amaran itu diikuti dengan dua buah helikopter Israel berlegar-legar di udara di sepanjang sempadan Gaza-Ezata ketika kawasan itu dikunjungi sukarelawan Malaysia.
 
Sukarelawan Malaysia berada di kawasan itu yang merupakan kawasan pertanian untuk menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan tanah pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel.
 
Kita doakan keselamatan anggota sukarelawan Misi ini di sana. Moga dilindungi oleh Allah SWT, amin. 




Tiada ulasan: