Isnin, 10 Disember 2012


Abby Abadi Cari Pasal Lagi, Kali Ini Tun Mahathir Pula Dikecam di Twitter

 Nampaknya Abby Abadi (mualaf politik) ini sudah semakin celaru jadinya sejak menjadi ahli seumur hidup PAS. Setiap hari ada sahaja tweet darinya yang mengundang malapetaka besar kepada PAS dan dirinya sendiri. 

Semalam Abby mengecam mereka yang hendak sokong Harimau Malaya di skrin besar kerana menghalang ceramah politiknya. Hari ini dia kecam pula Tun Mahathir dengan tuduhan yang tidak sepatutnya. 

Kalau kail baru sejengkal jangan memandang ringan lautan yang luas. Gambar di bawah ini adalah bukti segalanya-galanya. Ada perkara baik yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang tidak perlu diceritakan kepadaumum untuk dibanggakan. 


Sebab itu, Tun Mahathir tidak membenarkan namanya disemadikan di bangunan dan nama-nama jalan.Abby perlu meminta maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir. Keceluparan Abby nampaknya membawa imej yang semakin buruk pada PAS sendiri.  

Inilah perubahan jelas yang berlaku pada seorang artis yang masuk pada PAS. Orang lain semuanya jahil dan tidak betul, hanya dirinya seorang yang betul bendul. Padahal sebaliknya berlaku. Esok lusa entah apa lagi yang hendak ditulis oleh Abby di twitternya. Setiap hari semakin mengarut.



Tiada ulasan: