Rabu, 17 April 2013


DAP Sabotaj PAS Di Kedah? #UbahKedah #PRU13






Alor Setar: Pakatan pembangkang Kedah mengumumkan senarai calonnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) malam tadi tanpa disertai DAP. 

Perkara itu menimbulkan andaian seolah-olah DAP memboikot majlis pengumuman calon yang berlangsung di Markas PAS negeri di Kota Sarang Semut, di sini, susulan perebutan kerusi yang diuar-uar berlaku antara pakatan pembangkang sebelum ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika mengulas perkara itu mengakui DAP tidak hadir kerana parti itu masih belum memuktamadkan soal calon. 

Pengerusi DAP negeri, Lee Guan Aik, pula ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen. 

Bagaimanapun, beliau mengakui masih bertekad dengan tuntutan dibuat sebelum ini membabitkan dua kerusi Parlimen dan enam DUN. 

Dua kerusi Parlimen terbabit ialah Padang Serai dan Alor Setar, manakala empat kerusi DUN pula ialah Kota Darulaman, Derga, Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang dan Sidam. 

Bagaimanapun semua kerusi terbabit sudah diumumkan calon oleh PAS dan DAP kecuali DUN Kota Darulaman dan Derga yang dipersetujui untuk mereka. 

Terdahulu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon masing-masing di semua 15 kerusi Parlimen dan 34 daripada 36 kerusi DUN, manakala dua lagi iaitu Kota Darulaman dan Derga yang juga kuota DAP ditinggalkan kosong. 

Azizan ketika mengumumkan senarai mengesahkan enam daripada tujuh EXCO kerajaan negeri termasuk diri beliau sendiri yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Limau kekal bertanding di kerusi sama dalam PRU-13. 

Selain Azizan, lima lagi EXCO kekal mempertahan kerusi masing-masing ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Mohd Taulan Mat Rasul (Tokai), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Abdul Ghani Ahmad (Ayer Hitam), Datuk Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas) 

Sementara itu, dua lagi EXCO iaitu Datuk Dr Ismail Salleh diumum berpindah ke Parlimen Jerlun. Sementara tiga EXCO daripada PKR iaitu Datuk Dr Mohamad Hamdan Mohd Khalib (Tanjung Dawai), Datuk S Manikumar (Bukit Selambau), Tan Chau Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim) diumum gugur. 

PAS Kedah akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 24 DUN, manakala PKR pula di tujuh kerusi Parlimen dan 10 DUN. Dua lagi DUN ialah milik DAP. 

Tiada ulasan: