Sabtu, 4 Mei 2013


Rafizi Ramli Perlu Jawab Cabaran Ini #PRU13 #GE13 @RafiziRamli





Azwanddin Hamzah (tengah) menunjukkan laporan polis yang meminta siasatan berhubung dakwaan calon PKR bagi Parlimen Pandan adalah seorang gay di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Bosan dengan sikap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang terus berdiam diri berhubung penyebaran risalah serta tulisan di internet yang mengaitkan beliau dengan aktiviti homoseksual, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tampil membuat laporan polis.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, laporan polis itu dibuat bagi memastikan dakwaan berkaitan aktiviti homoseksual yang membabitkan pemimpin pembangkang itu dapat disiasat kesahihannya.

Tegas beliau, Rafizi perlu menjawab sama ada benar ada hubungan 'mesra' dengan seorang lelaki yang difahamkan bernama Bukhari kerana rakyat perlu mendapat maklumat sebenarnya.
"Jika benar beliau seorang gay, saya tidak mahu rakyat tersalah pilih kerana di Malaysia kita tidak mahu ada Ahli Parlimen yang mengamalkan homoseksual.

"Sekiranya ada ramai yang mengamalkan homoseksual dipilih Ahli Parlimen, dibimbangi satu hari nanti, Malaysia juga akan jadi seperti Perancis iaitu meluluskan undang-undang membenarkan amalan homoseksual," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

Sebelum ini, ahli jentera MCA Pandan, Ng Lum Yong pernah mendesak Rafizi membuat laporan polis jika dakwaan itu tidak benar selepas pendedahan yang dibuat dalam internet seperti blog Parpukari dan PerakToday.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, sikap berdiam diri yang ditunjukkan Rafizi itu juga seolah-olah beliau bersetuju dengan dakwaan tersebut.

"Saya melihat perkara ini serius kerana berkaitan dengan masa depan politik negara.
"Jika tidak bersalah, kenapa tidak mahu membuat laporan polis supaya dakwaan itu dapat disiasat dengan telus, seterusnya membersihkan namanya daripada gelaran gay," tegas beliau.



Pengundi Hantu PAS Sudah Dikenalpasti #PRU13 #GE13 #PASesat





Berikut adalah strategi terdesak PAS untuk memainkan isu pengundi hantu. Mereka ambil telekung sembahyang dan letakkan di tepi jalan untuk sampaikan mesej pengundi hantu. Siapa yang hantu sebenarnya? Ada wakil PAS, PKR dan DAP juga dalam mengenal pasti pengundi esok. Tidak semudah itu "hantu" boleh mengundi.

Isu sebenarnya adalah PAS telah mempermainkan telekung sembahyang untuk menyamakan ia dengan hantu. Ini satu perbuatan yang biadap dan jelas sekali menghina telekung sembahyang.  Pengundi sudah bijak, mereka akan ajar kebiadapan PAS dalam kertas undi esok.


Saiful Apek Ajak Rakyat Malaysia Undi BN #PRU13 #GE13 #NajibMyPM


Surat Terbuka Musthapa Ali Ini Akan Buat DAP & PKR Marah #PRU13 #GE13


Keputusan Majlis Syura yang pastinya menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Mengapa jadi begini? Ini kerana PAS sudah tahu apa keputusan pilihan raya umum ke-13. 

Pakatan pembangkang sudah pasti akan tewas, lebih baik PAS menjadi ketua pembangkang di parlimen daripada memberi peluang kepada DAP dan PKR yang jadi ketua pembangkang. 

Oleh itu, PAS tidak akan beri undi kepada DAP dan PKR demi menyelamatkan ummah. Baca pendedahan lanjut di sini.


Kebajikan Rakyat Salor Perlu Dijaga Oleh Husam Sebelum Hendak Bertanding Di Putrajaya #PRU13 #GE13 #TukarKelantan


Siswa Diugut Gagal Jika Tidak Sokong PKR Oleh Pensyarah Yang Merupakan Ketua Ranting PKR #PRU13 #GE13



Makcik Ini Ditipu Oleh Calon PKR #PRU13 #GE13


Video Rita Rudiani, Intan Ladyana & Amy Search Tekad Undi BN Pada 5 Mei #PRU13 #GE13 #NajibMyPM