Sabtu, 4 Mei 2013


Rafizi Ramli Perlu Jawab Cabaran Ini #PRU13 #GE13 @RafiziRamli





Azwanddin Hamzah (tengah) menunjukkan laporan polis yang meminta siasatan berhubung dakwaan calon PKR bagi Parlimen Pandan adalah seorang gay di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Bosan dengan sikap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang terus berdiam diri berhubung penyebaran risalah serta tulisan di internet yang mengaitkan beliau dengan aktiviti homoseksual, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tampil membuat laporan polis.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, laporan polis itu dibuat bagi memastikan dakwaan berkaitan aktiviti homoseksual yang membabitkan pemimpin pembangkang itu dapat disiasat kesahihannya.

Tegas beliau, Rafizi perlu menjawab sama ada benar ada hubungan 'mesra' dengan seorang lelaki yang difahamkan bernama Bukhari kerana rakyat perlu mendapat maklumat sebenarnya.
"Jika benar beliau seorang gay, saya tidak mahu rakyat tersalah pilih kerana di Malaysia kita tidak mahu ada Ahli Parlimen yang mengamalkan homoseksual.

"Sekiranya ada ramai yang mengamalkan homoseksual dipilih Ahli Parlimen, dibimbangi satu hari nanti, Malaysia juga akan jadi seperti Perancis iaitu meluluskan undang-undang membenarkan amalan homoseksual," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

Sebelum ini, ahli jentera MCA Pandan, Ng Lum Yong pernah mendesak Rafizi membuat laporan polis jika dakwaan itu tidak benar selepas pendedahan yang dibuat dalam internet seperti blog Parpukari dan PerakToday.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, sikap berdiam diri yang ditunjukkan Rafizi itu juga seolah-olah beliau bersetuju dengan dakwaan tersebut.

"Saya melihat perkara ini serius kerana berkaitan dengan masa depan politik negara.
"Jika tidak bersalah, kenapa tidak mahu membuat laporan polis supaya dakwaan itu dapat disiasat dengan telus, seterusnya membersihkan namanya daripada gelaran gay," tegas beliau.


Tiada ulasan: