Khamis, 5 September 2013

Ringgit Kembali Kukuh Selepas Pengurangan Subsidi Minyak #20Sen


Artikel The Wall Street Journal pada 30 Julai 2013 yang melaporkan kedudukan ringgit yang lemah disebabkan kelembapan pelaburan asing (baca sini). Ringgit jatuh 8.8% berbanding dollar Amerika kepada 3.2332. Selain itu, Fitch Ratings turut melaporkan keadaan kredit negara beralih dari kedudukan stabil kepada negatif. Dua indikasi ini mengambarkan satu kedudukan yang tidak baik pada ekonomi negara. 

Pada 2 September 2013, kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan subsidi sejumlah RM0.20 sen kepada petrol dan diesel. Tindakan yang tidak popular kepada rakyat. Namun antara alasan utama mengapa ianya dibuat adalah untuk mengatasi defisit dan mencapai belanjawan berimbang. 

"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020". Tidak ramai yang faham akan maksud ayat ini jika dibaca dengan emosi dan perasaan.




Masih ramai yang belum menonton video ini, sila tonton dan fahami maksud video ini. Mungkin ianya akan membantu anda untuk memahami maksud kerajaan di atas.

Pada hari Selasa, selepas pengumuman pengurangan subsidi, kedudukan ringgit kembali kukuh dan mencatat peningkatan 0.29%. Pengukuhan ringgit ini kembali menyakinkan semula pelabur terhadap kedudukan ekonomi negara (baca sini). Hanya kurang RM0.20 sen, namun masih ada lagi RM0.63 sen yang dibantu setiap liter kepada rakyat. 

Jika rakyat berfikir sebaliknya, mereka sebenarnya menyumbang 20 sen untuk bersama sama mengukuhkan semula kedudukan ringgit negara. Sumbang 20 sen tetapi yang masih diberi adalah 63 sen. Lebih baik daripada sesetengah negara yang tidak memberi langsung.

20 sen lebih baik berbanding surcaj air yang terus naik 100% di sebuah negeri. 

Tindak dinafikan, hak rakyat perlu terus dibantu untuk kurangkan beban mereka. Kerajaan yang memberikan haknya kepada rakyat juga perlu dibantu untuk bersama sama menjaga ekonomi negara ini. Dengan 20 sen macam macam boleh berlaku. Sebab itu dalam hal ini Tun Mahathir bersetuju dengan pelarasan yang telah dilakukan untuk kebaikan bersama.






Tiada ulasan: