Ahad, 20 Januari 2013


Pembahagian Kerusi & Calon Hampir Selesai, PRU13 Makin Hampir




KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbincangan soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) telah hampir selesai dan begitu juga pemilihan calon-calon di mana sebahagian besarnya telah pun diputuskan di dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini.


Menurut Najib, biarpun begitu namun masih ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian yang lebih mendalam untuk memastikan bahawa pilihan calon tersebut tepat bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari sudut penerimaan rakyat.



"Dalam menghadapi PRU tidak lama lagi, semua parti komponen BN telah diberikan panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara lain seperti manifesto, logistik dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan persediaan menghadapi PRU ini.



"Manakala tarikh pengumuman calon pula setakat ini kita masih belum putuskan bila, namun perbincangan serta pandangan tentang perkara tersebut telah pun ada. Namun kita belum buat keputusan lagi bila masa yang sesuai untuk membuat pengumuman tersebut," kata beliau kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC, Khamis semalam.

Tiada ulasan: