Isnin, 2 Julai 2012

Kenyataan Hadi Awang Ini Akan Buat Kit Siang Marah



“Hari ini DAP datang jumpa PAS hendak belajar tentang PAS. Belajar tentang Islam. Hari ini DAP setuju jika pakatan menang, agama Islam bagi Persekutuan, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, Hak Istimewa orang Melayu, Raja ikut perlembagaan. Itu persetujuan DAP dalam pakatan” kata Hadi Awang dalam Himpunan Hijau di Marang pada 30 Jun 2012.

“Ini kerana PAS parti terkuat, mereka terima perkara ini. Dalam pembahagian parlimen, PAS akan bertanding 70 kerusi lebih. PAS punyai jentera yang hebat. DAP paling kuat bertanding 60 kerusi. Perlu terima bahawa tulang belakang pakatan adalah PAS. Mana boleh DAP hendak tubuh negara sendiri.” kata Hadi Awang.

Betulkah PAS hendak tanding 70 kerusi? Dalam muktamar pada tahun 2009, PAS cakap hanya hendak 63 kerusi (kurang 4 kerusi berbanding PRU12). Apakah cakap cakap Hadi Awang itu sudah diketahui oleh Karpal Singh dan Kit Siang? Kalau pun hendak bertanding 70 kerusi, masih tidak cukup lagi simple majority untuk membuat keputusan dengan sendiri iaitu 112 kerusi. UMNO bertanding 117 kerusi, lebih kuat dari PAS.



Presiden PAS tersebut berkata DAP hanya akan bertanding 60 kerusi, betul kah? DAP sudah kuasai bandar dan sudah bertanding 47 kerusi dalam PRU12, mereka sekarang lebih banyak kerusi dari PAS dalam parlimen dengan 29 kerusi. Tidak logik DAP akan minta kerusi sedikit pada PRU13.

Apakah DAP akan berdiam diri membiarkan parti yang sedikit dalam parlimen untuk merebut lebih banyak kerusi dalam parlimen? Dua K iaitu Kit Siang dan Karpal tidak akan berdiam diri. Sebenarnya Hadi Awang berbohong di hadapan pengundi Melayu, di depan DAP, Hadi Awang akan cakap lain pula.

Hakikatnya PAS masih lagi tidak boleh ketua kepada parti parti lain dalam pakatan pembangkang. Apa yang dilakukan oleh UMNO dalam BN tidak boleh dilakukan oleh PAS. Perlembagaan pun masih tidak ada dalam pakatan pembangkang, logo pun tidak ada. Itu tandanya mereka masih lagi tidak berpakat.

Tiada ulasan: