Rabu, 5 Disember 2012


Pergaduhan Di Gombak, Apa Cerita Sebenarnya?



Sekali lagi kejadian "berdarah" berlaku. Namun lihat dengan teliti gambar gambar di atas. Seolah ada sesuatu yang tidak lengkap dan tidak kena. 

Tiada video dan gambar orang yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut. Mungkin tidak sempat ambil tetapi mereka ada peralatan untuk mengambilnya. Malah tempat yang dicederakan sama radarnya macam kes di Bagan Pinang. Kisah yang sama pernah berlaku awal tahun ini di UPSI. 

Juga pernah cuba diulangi ketika pilihan raya kampus di Universiti Malaya (baca sini). Oleh itu, jangan cepat terpengaruh dengan persepsi yang mereka cuba bawakan. 

Ini adalah gambar pelajar pelajar pro pembangkang yang berdemonstrasi pada awal tahun lalu di depan pintu pagar UPSI. Seorang demonstrator mendakwa kepala berdarah dipukul oleh anggota polis sambil menunjukkan kain yang "berdarah". Atau berdarah kerana memecahkan pintu Klinik Syifa?
 Ini hanyalah sekadar lakonan meraih simpati?.

.


Pada jam 3.30 pagi, 8 Oktober 2009, PAS mendakwa sejumlah 6 orang petugas PAS ditetak dengan parang dan dipukul oleh sekumpulan 20 orang pemuda yang menaiki motosikal (baca sini). 

Di atas adalah gambar petugas PAS yang didakwa ditetak dengan pedang samurai di Bagan Pinang. Tetak dengan pedang samurai tetapi kesan koyak dan luka semacam ada keganjilan. Lokasinya di bahagian belakang badan. Sama dengan kes di Gombak. 


Rakyat Malaysia perlu bijak menganalisa dengan teliti setiap kes yang berlaku. Usah cepat melenting dan mudah percaya dengan tohmahan yang dibuat. Jagalah keselamatan negara ini daripada kejadian kejadian yang tidak diingini ini. 
 



Tiada ulasan: