Ahad, 16 Disember 2012


7 Analisis Mudah Mengapa DAP Dipanggil Parti Kroni 2K

 
 DAP sama sekali berbeza dengan BN. Tidak boleh samakan DAP dengan BN kerana BN adalah parti komponen gabungan 14 parti parti lain yang berbilang bangsa. Guan Eng silap jika samakan DAP dan BN. 
DAP adalah parti yang bukan multi racial. Hanyalah satu parti yang dikuasai oleh kroni anak beranak 2K iaitu Kit Siang dan Karpal Singh. Apa hujah untuk buktikan DAP melampau? 
Ada, pertama DAP memang begitu bersungguh sungguh menentang hukum Islam. Sama ada undang undang mahkamah syariah dan juga begitu ekstrems dalam menuntut agar kalimah Allah digunakan selain daripada Islam.
Kedua, tidak usah pergi jauh, di Pulau Pinang sendiri, DAP sudah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada orang Melayu. Malah rakan dalam PAS pun diketepikan langsung dalam pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Itu bukti DAP melampau. 
Berikut adalah senarai penuh 20 orang Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang dipilih 1,823 orang perwakilan DAP dalam Konvensyen DAP yang diadakan di Pulau Pinang. Kesemua 7 orang calon Melayu yang bertanding kalah. Dari 68 orang yang bertanding, tiada seorang pun calon Melayu terpilih.
Analisis
1) Apakah parti yang menggunakan nama demokratik itu layak digelar sebagai parti "multi racial" setelah kekalahan 7 orang calon Melayu tersebut? 
2) Paling menarik adalah penguasaan dua orang anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang berada di kedudukan 1 dan 2. Begitu juga dengan kedudukan Karpal Singh (3) dan Gobind (8). 
3) Paling menarik adalah kedudukan team KOKS (Kit Out Kit Siang) yang jatuh mendadak di kedudukan terbawah iaitu Teresa Kok daripada tangga ke-6 ke kedudukan ke-18 serta M.Kulasegaran yang dulu berada pada kedudukan ke-5 jatuh teruk ke kedudukan ke-15. Apakah ada manipulasi undi untuk menjatuhkan pihak yang mahu menentang kumpulan Godfather?
4) Apakah DAP ada database ahli yang sah di seluruh negara? Siapa yang calonkan nama-nama yang bertanding di peringkat pusat? Apakah prosesnya adalah daripada ahli ahli marhaen DAP? Rasanya tidak. Sebab itu DAP hanya kekal diperintah oleh satu keluarga sahaja sejak beberapa empat dekad yang lalu.
5)  5 orang calon team Ronnie Liu menang dari 9 orang yang diletakkan, tiga orang menguasai tangga 10 teratas. Namun Ronnie Liu tumpas. Faktor utama adalah kerana tidak membawa bersama nama Kit Siang dan Karpal dalam pasukannya.
6) Ean Yong Wah, orang kuat Teresa Kok tumpas. Daripada senarai 17 orang senarai pilihan Teresa Kok, hanya 5 orang sahaja yang menang termasuk Teresa Kok. Ini bermaksud Ronnie Liu sudah menang dengan Teresa Kok di Selangor?
7) Kit Siang dan Karpal pun bertanding lagi. Ini yang jelas menunjukkan mereka gila kuasa.
1. Lim Kit Siang (1,607) [ranking pertama pada 2008]
2. Lim Guan Eng (1,576) [2]
3. Karpal Singh (1,411) [9]
4. Chong Chieng Jen (1,211) [8]
5. Loke Siew Fook (1,202) [11]
6. Vincent Vu (1,202) [new]
7. Tan Kok Wai (1,199) [3]
8. Gobind Singh Deo (1,197) [20]
9. Tony Pua (1,162) [13]
10. Teng Chang Khim (1,152) [15]
11. Fong Kui Lun (1,137) [4]
12. Nga Kor Ming (1,075) [16]
13. Chong Eng (1,006) [14]
14. Chow Kon Yeow (986) [17]
15. Liew Chin Tong (984) [new]
16. M Kulasegaran (984) [5]
17. Boo Cheng Hau (958) [19]
18. Teresa Kok (925) [6]
19. Teo Nie Ching (903) [new]
20. Ngeh Koo Ham (824) [10]

Tiada ulasan: