Harakahdaily Akui Mereka Sebenarnya Suka Tabur Fitnah
KUALA LUMPUR: Para blogger Umno mendakwa akaun facebook yang dimiliki oleh Norhashimah Mohammad yang menghina polis adalah rekaan semata-mata.
Gambar yang digunakan oleh status orang ini pula adalah milik seorang pekerja Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar.
Semakan Harakahdaily ke atas akaun Facebook yang dimilki oleh Norhashimah Mohammad ini sudah tidak ada lagi.
Sebaliknya, satu fan page (gambar) telah dibuka atas nama Norhashimah Mohamad ini.
Harakahdaily dengan ini menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini dan memohon maaf kepada pihak yang berkenaan termasuk pasukan polis. Beriku adalah tulisan Harakahdaily tentang fitnah yang telah dibuat mereka terhadap polis.
Akhirnya setelah dibongkar oleh Harapan Esok, Harakah menyerah diri dan seakan mengakui maklumat yang sampai kepada mereka tidak tepat. Inilah tahap kewartawanan yang ada pada Harakah. Memang tidak boleh dipercayai sumber-sumber yang mereka ada.
Tahniah dicuapkan kepada Harapan Esok. Konklusinya mudah, tak payah baca Harakah sebab mereka penuh fitnah dan hasutan serta menipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan