Ahad, 16 Disember 2012


Bukti PKR Terima Duit Asing - Pendedahan Bekas Orang PKR Sendiri

AIDCNews – 02/10/12 – Pengasas Parti Keadilan, Ng Lum Yong mendakwa dana dari penyangak matawang Yahudi, George Soros yang disalurkan kepada SUARAM juga menjadi transit untuk diagihkan badan-badan lain, termasuk PKR dan BERSIH.

“Saya anggap politik di Malaysia bukan politik tempatan, dia politik antarabangsa. Kita boleh nampak, sejak Parti Keadilan Nasional ditubuhkan (pada tahun 1999), Suaram mengambil peranan yang cukup penting kerana segala dana yang disalurkan ke PKR.

“Saya tahu kerana saya pengasas parti, saya memang duduk dalam jawatankuasa (pimpinan pusat). George Soros memang ada biayai aktiviti PKR. Dia seorang Yahudi yang menyokong (dasar-dasar) Israel,” katanya kepada Antarapos.

Menurut Ng, dana Soros itu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan menabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru.

Menurut laman whoaresuaram.com, Sivarasa Rasiah, orang kepercayaan Anwar adalah merupakan pengasas SUARAM.

Selain Sivarasa, terdapat 4 orang aktivis PKR lagi yang menjadi tulang belakang SUARAM, iaitu Dr Syed Hussein Ali, Tian Chua, Elizabeth Wong dan Irene Fernandez.


           Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel bersama Pengerusi BERSIH, S Ambiga

SUARAM pula amat berkait rapat dengan BERSIH, di mana Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga juga turut mengakui turut menerima dana Soros dan NED (National Endowment for Democracy).

Selain BERSIH, SUARAM juga berkait rapat dengan 4 lagi badan iaitu LFL (Lawyers for Liberty), CIJ (Centre for Independent Journalism), Mkini dotcom/Seacem, dan Merdeka Centre di mana kesemua badan-badan itu mendapat tajaan dana daripada sumber asing yang sama.


Sumber : AIDC

Tiada ulasan: