Rabu, 24 April 2013

Analisa : Mengapa Hadi Awang Kata Calon PKR Jual Pil Kuda? #PRU13 #GE13





22 April 2013, di hadapan 200 orang penyokong PAS di Kampung Tebakang, Bukit Payung Terengganu, Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang cukup memedihkan buat PKR.

Menyatakan secara terbuka bahawa calon PKR ada yang tangkap muat, menyokong perjuangan komunis dan ada yang dikatakan penjual pil kuda.

Kenyataaan ini dilihat semacam "belah setelah retak" antara PAS dan PKR.

Retak menanti belah antara PAS dan PKR sudah berlaku sebelum ini. Pada 20 April 2013, di Sungai Acheh, PAS bertembung sesama sendiri dengan PKR.

Pemuda PAS berlaku kasar terhadap Che Gu Bard (calon PKR) dan isterinya di tempat penamaan calon.

Dalam kes di atas, Anwar tetap pertahankan Che Gu Bard (lihat video ini), dan Anwar akui ada salah faham dengan PAS.


Malah pada hari yang sama, calon PAS bertembung dengan PKR sesama sendiri di 7 tempat, 6 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen.

Paling banyak pertembungan berlaku di Terengganu iaitu melibatkan 3 kerusi DUN.

Jika dianalisis serangan terbuka Hadi Awang terhadap calon PKR tersebut, agaknya di kerusi mana ada calon PKR yang dikatakan jual pil kuda tersebut?





Suhu panas Hadi Awang terhadap PKR berlaku sebelum itu lagi. 9 April 2013, Hadi Awang secara terbuka mempertikaikan surat Yusuf Al Qaradawi yang kononnya menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Hadi Awang memang bercita cita menjadi PM sejak PRU12 lagi (baca sini). Sebab dalam beberapa isu termasuk Lynas, Hadi Awang memang dilihat bercanggah pendapat dengan Anwar Ibrahim (baca sini).


Sebab itu, Anwar memang sudah lama menyusun orang orang untuk berada di keliling Hadi Awang. Pada Muktamar PAS Jun 2009, Hadi hampir digulingkan sebagai Presiden PAS. PAS Wilayah secara terbuka tidak mahu mencalonkan Hadi sebagai Presiden (baca sini).

Kini semua ahli PAS tahu, siapa dalang sebenar yang cuba menjatuhkan Hadi ketika itu. Orang itu kini mendapat sokongan penuh untuk bertanding di salah satu parlimen di Wilayah Persekutuan.

Maka tidak mustahil, "orang itulah" yang bakal menjadi pilihan Anwar untuk gulingkan Hadi dalam Muktamar PAS akan datang.

Tekanan demi tekanan dari Erdogan membuatkan Hadi Awang tunduk pada pertengahan 2012. Mulai menjadi pak turut pada DAP dan PKR. Tidak mahu lagi bermuzakarah dengan UMNO kerana takut pada Erdogan (baca sini). Diam membisu hinggalah pada 11 April 2013.


Yang terdiam bersama kerana takut dengan Anwar Ibrahim adalah Setiausaha Agung PAS iaitu Musthapa Ali. Ketika keluar isu video yang mengaitkan Anwar Ibrahim, Musthapa Ali menyatakan "tunggu siasatan polis".

Kenyataan yang buat Musthapa membuatkan Azmin Ali bengang (baca sini). Kemudian bila keluar video pada 11 April 2013, Musthapa Ali sendiri tidak mahu buat laporan polis.

Mengapa Musthapa Ali tidak mahu tampil untuk dakwa dalang video tersebut?


Sejak 11 April 2013, perebutan kerusi di Terengganu antara PKR dan PAS mulai panas. Mereka berebut tiga kerusi parlimen iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Musthapa Ali yang awalnya mahu bertanding di Dungun terpaksa undur diri selepas apa yang berlaku pada 11 April.

Malah sejak 11 April, hubungan PAS dan PKR mulai dilihat panas. Azmin Ali memberi komen yang sinis terhadap video yang kaitkan Musthapa Ali (lihat sini).


Hadi Awang sudah hilang Nasha, dan bakal berdepan kehilangan seorang lagi orang kuatnya iaitu Musthapa Ali dalam muktamar akan datang.


Sejak 11 April juga, Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS dari kem ulama mulai dilihat lantang mengkritik PKR. Kemuncak kritikan itu adalah dengan menuduh calon PKR sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis.

Inilah bukti PAS dan PKR tidak pernah berpakat. Mereka hanya kaburkan mata rakyat dengan perkataan "pakatan".

Pengundi Melayu sudah menilai sekarang siapa sebenarnya PAS dan siapa sebenarnya PKR. Sementara DAP pula tengah tunggu masa untuk ambil kesempatan dan keuntungan.

5 Mei, orang Melayu akan membuat keputusan. Mereka tahu siapa yang lebih berpakat untuk menjaga agama dan bangsa di negara ini. Pakatan DAP-PKR-PAS sudah rentak terbelah tiga.


Tiada ulasan: