Selasa, 29 Januari 2013


Layanan Berbeza Buat Karpal Singh dan Nasharuddin Serlahkan Apa Pendirian PAS Sebenar Dalam Isu Kalimah Allah SWT


19 Januari 2013, Karpal Singh secara terbuka menggesa agar Majlis Syura tukar keputusan bagi membenarkan kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh DAP sebagai mana yang diminta oleh Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012. 

Gesaan yang tidak sepatutnya berlaku, ini kerana Majlis Syura bukanlah satu komponen atau sayap bagi parti DAP. Namun gesaan itu nampak semakin biadap dan keras bila mengenepikan secara langsung prinsip dan asas agama demi menghalalkan segala-galanya dalam politik. Oleh kerana teringin benar ke Putrajaya, maka PAS akhirnya tunduk juga di kaki kerusi roda DAP. 


Buktinya, Nik Aziz sendiri datang menyembah Karpal Singh pada 27 Januari 2013 di Pulau Pinang. Orang yang menggesa dan mendesak agar kalimah Allah digunakan oleh DAP diraikan dengan kek. 

Orang yang suci dan murni mempertahankan kalimah Allah SWT pula dipecat terus dari Majlis Syura tanpa sebarang pembelaan. Inilah demokrasi cara Barisan Alternatif. Itulah layan yang cukup berbeza diberikan Nik Aziz terhadap Karpal Singh dan Nasharuddin Mat Isa. 



Selepas sambut hari jadi dengan Karpal Singh, Nik Aziz diberikan kek harijadi ini sebagai hadiah. Harakahdaily turut memberikan liputan penuh pada berita ini. Apa motif politik Harakahdaily terhadap berita ini? 

PAS lebih sanggup bersama Karpal Singh dalam isu kalimah Allah SWT daripada bersama orang - orang yang berprinsip dan berdiri teguh dengan asas agama. Silap sikit terus pecat. Kalau Nik Aziz raikan harijadi di rumah Nasharuddin Mat Isa, agaknya apa akan jadi? 

Sudah tentu pilihan itu tidak akan dibuat oleh Nik Aziz. Penasihat penasihatnya akan menyatakan  itu akan merugikan buat PAS kerana sudah pasti DAP akan terus menjauhi PAS. Silap silap DAP boleh berpisah dengan PAS sebagaimana yang berlaku pada tahun 2001. 

Hari ini sudah jelas, siapa PAS yang sebenarnya. Apa pendirian PAS sebenarnya. Sudah terang lagi bersuluh, bulan yang purnama itu sudah pun dijajah mindanya oleh roket roket DAP. Sedarlah  pengundi Islam di Malaysia sekalian, pilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk buat agama, bangsa dan tanahair. Renunglah dalam dalam. 


Tiada ulasan: