Sabtu, 12 Januari 2013


Betulkah Stadium Penuh? Mari Analisa Gambar Superimpose Ini #KL112


Gambar di atas ini adalah gambar superimpose yang telah dibuat oleh pembangkang untuk mewujudkan persepsi ramainya orang berkumpul di Stadium Merdeka. 

Ulasan 

1) Sila lihat pada warna kuning dan hijau yang ada di tengah tengah stadium, warna kuning dan hijau seolah olah diulang ulang untuk menutup kekosongan yang ada dalam gambar. Mereka menggunakan teknik "Clone Stamp Tool" dalam Adobe Photoshop untuk gambar ini. 

2) Saiz gambar disimpan dalam pixel yang rendah agar bila ianya di zoom maka gambar tersebut akan pecah dan tidak nampak imej sebenar. Sila lihat pada kerusi duduk di stadium, ianya ditambah menggunakan teknik Clone Stamp Tool untuk menampakkan ianya penuh.

3) Imej yang sebenar dan dekat mereka tidak buat teknik tindanan imej dalam kotak yang ketiga. Mengapa tidak buat? Kerana gambar tersebut dekat dan jika disimpan dalam saiz fail yang kecil, tidak banyak membantu untuk penipuan mereka.

4) Lihat pada ruang bulatan 4 yang kosong, juga dibiarkan. Ruang sebegini masih lagi banyak di tengah tengah padang. Dengan teknik photoshop mereka tutup ruang itu untuk meramaikan orang.

5) Jangan tertipu dengan sekeping gambar yang telah pun diubah suai.


6) Gambar di bawah ini dalam size yang besar. Lihat pada kerusi duduk stadium di belakang. Tidak penuh bukan? Juga lihat pada orang yang bersembahyang dalam stadium, juga bukan hanya imej bewarna kuning dan merah sahaja. Penipuan gambar di atas terbongkar. 



Tiada ulasan: