Khamis, 1 November 2012


Syarat & Borang BR1M 2.0


 Tarikh dan Borang Permohonan BR1M 2.0 | Dalam peruntukan bajet 2013 yang lalu, Perdana Menteri kita telah memberikan satu lagi hadiah untuk rakyat berupa intensif wang tunai BR1M 2.0 yang akan mula dibuka pada 1 November 2012 hari ini.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) ini diperluaskan lagi jumlah yang layak iaitu terbuka juga kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan di bawah RM2000 sebulan.

Mereka yang layak ini akan mendapat intensif berbentuk wang sebanyak RM250 setiap seorang.

Namun, harus ingat juga bahawa individu yang masih belajar di universiti pula secara automatik tidak layak memohon BR1M 2.0 ini kerana tidak dikategorikan sebagai individu bekerja yang mempunyai pendapatan bawah RM2000.

Borang permohonan untuk memohon BR1M ini boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan dengan anda bermula hari ini, 1November 2012.

Bagi anda yang sudah membuat permohonan BR1M pula, anda tidak perlu memohon semula kerana nama anda secara automatik akan mendapat intensif ini untuk kali yang kedua.

Bagi Bantuan RM250 kepada individu bujang, berikut adalah syarat-syarat bantuan:-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah.
- Tidak mempunyai tanggungan.
- Bukan pelajar IPT.

Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya.

- Salinan kad pengenalan.
- Penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji.

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi.
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.
- Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan.
- Online di laman sesawang.

Tiada ulasan: