Fakta Ini Dedahkan Penipuan Husam Musa
18 September 2012, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Husam Musa menyatakan "Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL satu jam". Sekali imbas kalau tidak dikaji, kenyataan Husam ini dikatakan oleh Harakah boleh memancing hati anak perantau untuk terus mengundi PAS. Oleh sebab itulah, Harakah menegaskan ayat satu jam dalam artikel di atas. Benarkah satu jam?
Jarak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur adalah sejauh 458 kilometer dan mengambil masa 7 jam 28 minit untuk sampai dengan kelajuan biasa (jika tidak jammed). Semasa sambutan Hari Raya Korban yang lepas, ramai yang terperangkap lebih 10 jam untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Mungkin ada terfikir, kalaulah siap keretapi laju sebagaimana yang disebut oleh Husam, maka anak perantau boleh pulang lebih cepat lagi kampung halaman. Kalau Husam nak sampai dalam masa sejam, perlulah kerajaan PAS beli keretapi laju yang boleh sampai dalam masa sejam. Di mana hendak membelinya?
Di China, baru dilancarkan sebuah keretapi laju yang disahkan paling laju di dunia. Kelajuannya adalah setakat 300 kilometer sejam (kmph). Berapa jarak KB-KL? 458 km. Ini bermaksud kalau sejam hanya boleh sampai setakat Kuala Lipis sahaja.
Satu lagi bukti bahawa Husam dan kerajaan PAS menipu rakyat. Idea Husam ini adalah idea yang boleh dibuang ke dalam tong sampah. Lebih baik beri idea bagaimana hendak bersihkan dulu air di Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan