Khamis, 4 Oktober 2012


Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Ketika ini heboh diperkatakan tentang Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang dalam mana-mana media termasuk blog, twitter, facebook dan akhbar-akhbar tempatan. Tercetusnya Kabinet Bayangan ini apabila Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei mendedahkan jumlah pemimpin PKR yang akan menerajui Kabinet sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam pilihan raya nanti.

Kenyataan Shuhaimi itu didedahkan akhbar Sinar Harian setelah mendapat perkenan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Keadilan.

Hari ini Utusan Malaysia dalam muka depannya telah menyiarkan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mewarnai Kabinet Bayangan sekiranya menang pilihan raya. Jika kalah, Kabinet Bayangan ini hanya tinggal bayang-bayang sahaja.

Sumber ini diperolehi daripada blog Papagomo.com menerusi sumber dalaman PKR yang sahih.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim - Ketua Umum Keadilan dan Ketua Pembangkang ini sebulat suara dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika tidak sebulat suara pun, Anwar Ibrahim akan melantik dirinya sebagai Perdana Menteri atas pengalaman ‘memangku’ jawatan Perdana Menteri selama 3 bulan dan dalam masa yang sama telah menyalahgunakan kuasa. Selain itu, menghadapi lebih 5 tuduh meliwat dan terlibat dalam menjalinkan hubungan dengan ‘isteri’ kawan baik sendiri serta berlakon dalam Filem Khalwat Chinadoll. Juga, terkenal dengan lidah bercabang dan berkawan dengan Yahudi dan Rejim Zionist.

Timbalan Perdana Menteri I – Biarpun memegang jawatan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan menjadi alat kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Perjuangan Islam yang ditonjolkan PAS hanyalah pada nama saja.

Timbalan Perdana Menteri II – Setiausaha DAP, Lim Guan Eng terpaksa menerima jawatan tersebut walaupun mengimpikan jawatan Perdana Menteri untuk bersama dengan rakannya di Singapura yang diterajui PAP. Rekod Lim Guan Eng semasa memerintah Pulau Pinang pastinya akan menghantui rakyat Malaysia tertama orang Melayu. Pemimpin yang sama tarafnya dengan tokong itu menindas rakyat Melayu Pulau Pinang dalam mencari rezeki dan berniaga di negeri sendiri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR ini bukan saja menjadi isteri pertama Malaysia bahkan menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Portfolio yang sesuai untuk Wan Azizah ialah Menteri Hal Ehwal Islam. Ini membolehkan segala yang haram akan dapat dijadikan halal seperti LGBT, rumah urut dan perbuatan luar tabie.

Menteri Kewangan – Jika Tony Pua memegang jawatan ini pastinya Malaysia bukan sahaja bankrup tetapi terpaksa meminjam kepada IMF dan Bank Dunia. Pelaksanaan Bajet 2013 Pakatan Pembangkang dan Buku Jingga yang diperjuangkan selama ini akan memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia.

Menteri Pelajaran – Bekas Menteri Besar Perak selama 6 bulan ini, Mohamad Nizar yang dikatakan menjawat Menteri Pelajaran akan merombak struktur dan sistem pelajaran sedia ada dengan memasukkan elemen demontrasi dan himpunan dalam silibus terbaru.

Menteri Dalam Negeri – Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR amat popular dengan simbol ‘aiskrim’. Pastinya, gejala aiskrim ini akan dihalalkan dalam masyarakat ketika pemerintahan Pakatan Pembangkang nanti.

Menteri Perdagangan – Husam Musa yang juga Bendahari PAS selepas ini akan selalu menaiki Jet Peribadi untuk urusan luar negara kerana mempunyai pengalaman menaiki Jet Peribadi bersama Anwar Ibrahim.

Menteri Pelancongan – Elizabeth Wong dari PKR ini akan merangka pelan pelancongan baru Malaysia dengan memberikan geran yang banyak kepada penyiaran gambar bogel dalam industri pelancongan. Ini akan memberikan pulangan dan hasil yang lumayan.

Menteri Pertanian – Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR ini terkenal dengan lidah bercabang dan cakap bohong. Industri subsidi baja akan menjadikan dirinya kaya dan membolehkan beliau membeli sebuah Jet Peribadi.

Menteri Pembangunan Wanita - Zuraida Kamarudin atau lebih terkenal dengan panggilan Mak Lampir ini nescaya akan terlibat dalam skandal kerbau. Jika sebelum ini lantang membawa isu NFC dan lembu, kali ini Mak Lampir itu akan terjerat dengan isu kerbau.

Menteri Wilayah Persekutuan – Nurul Izzah, merupakan Naib Presiden PKR mencipta sejarah pentadbiran Malaysia menjadi ‘anak’ kepada Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah di dunia ini yang mempunyai anak beranak dalam kabinet.

Sumber Wira Kenyalang

Tiada ulasan: