5 Bukti Pembangkang Terlibat Dengan Aktiviti Komunis
Mahfuz Omar dan pemimpin PAS perlu membersihkan dahulu nama PAS bila aktiviti dan sokongan mereka terhadap kegiatan subversif sudah dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Usah menuduh pihak lain denganname calling dan labelling yang buruk untuk mengikis fakta yang sudah sedia ada.
Bukti pertama, 29 Mei 2009, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw menerima idea membenarkan Chin Peng pulang asalkan pemimpin komunis itu sudah berubah dan tidak lagi mendukung ideologi komunisme. Apakah ini bukan lagi bukti bahawa PAS ada berhubung dengan pemimpin komunis itu?
Bukti kedua, pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis & komunis antarabangsa. Rakyat tidak boleh disembunyikan lagi dengan fakta ini.
Bukti ketiga, Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang tiga yang tersebut adalah sama dengan logo apa?
Bukit keempat, 13 Jun 2009, Anwar Ibrahim menyatakan "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,." kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi.
Bukti kelima, 31 Oktober 2009, Chin Peng telah mengutus surat untuk mengajak Anwar Ibrahim minum teh bersamanya di Hatyai. Surat ditandatangan sendiri oleh Chin Peng.
PAS, PKR dan DAP perlu membersihkan dahulu nama parti mereka daripada elemen-elemen yang disebutkan di atas. Sejarah tidak boleh dipadam dengan membuat tuduhan yang baru kepada pihak lain. Rakyat masih belum terlupa siapa dan apa erti komunis sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan