Rabu, 6 Januari 2010

Pembinaan Negara Melalui Konsep Islam.





Agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan pesuruhNya. Ia merupakan agama yang diredhai serta menjadi cara hidup manusia untuk beribadat kepadaNya.




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku atas kalian dan Aku pun telah redha Islam menjadi agama bagi kalian.” (QS. Al Maa’idah: 3)




Dengan agama inilah Allah s.w.t menutup agama-agama sebelumnya. Allah telah menyempurnakan agama ini bagi hamba-hambaNya. Dengan agama Islam ini pula Allah menyempurnakan nikmat atas mereka. Allah hanya meredhai Islam sebagai agama yang harus mereka anuti. Oleh sebab itu tidak ada satu agama pun yang diterima selain Islam.


Allah s.w.t juga berfirman yang bermaksud;
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran: 19)

Allah s.w.t juga berfirman yang bermaksud;


“Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan pernah diterima darinya dan di akhirat nanti dia akan termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali ‘Imran: 85)



Dengan yang demikian tiada agama lain yang akan diterima oleh Allah s.w.t melainkan agama Islam dan kita sebagai hamba-hambanya dan umat kepada Nabi Muhammad s.a.w wajib menganuti dan beriman melalui Islam.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

“Muhammad itu bukanlah seorang ayah dari salah seorang lelaki diantara kalian, akan tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para Nabi.” (QS. Al Ahzab: 40)



Ajaran Islam diajar kepada umat manusia.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi terakhir yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa ajaran Islam kepada umat-umatnya di muka bumi ini dan nabi yang pertama adalah Nabi Adam a.s yang merupakan hamba Allah s.w.t.


 


Kalau dilihat sejarah selepas penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekkah ke Madinah, perlembagaan pertama didunia dibuat iaitu Perlembagaan Madinah diwujudkan bagi menjaga negara pada masa itu. Antara isi kandungan perlembagaan tersebut seperti demikian;


PERSATUAN SEAGAMA

Perkara 11
Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untuk memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, karena membayar wang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Perkara 12

Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya.

Perkara 13

1. Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman.
2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan
tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.

Perkara 14

1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya karana lantaran seorang yang tidak beriman.
2. Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.

Perkara 15

1. Jaminan Allah adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.

2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lainnya.

(Rujukan: Menurut riwayat Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah an-Nabi SAW juz II hal 119-123, dikutip Ibnu Hisyam (wafat : 213 H.828 M).






Penubuhan negara Malaysia oleh pemimpin kita pada masa lalu dengan mengwujudkan Perlembagaan Malaysia adalah salah satu pendekatan berkonsepkan Islam sepertimana Nabi Muhammad s.a.w lakukan untuk menubuhkan negara pertama di Madinah. Berasaskan Perlembagaan Malaysia ini, negara kita adalah negara Islam dan mendapat pengiktirafan dunia serta ia menjamin keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum hingga sekarang. Antara yang disentuh dalam Perlembagan Malaysia ialah perkara 3(1) yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Oleh yang demikian ianya bermaksud Malaysia adalah sebuah negara Islam kerana agama Islam merupakan agama rasmi negara tetapi pengamalan agama lain masih dibenarkan dengan tidak mengancam serta memesongkan orang-orang Islam di Malaysia. Jikalau satu-satu tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak bagi menyesatkan, mengelirukan serta ianya bertujuan tidak baik, bolehlah kita katakan agama lain mengamalkan agama mereka dengan tidak aman dan damai dan perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku dalam negara Malaysia.


 (Tidak menghormati Islam)





Tiada ulasan: