Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin serta golongan penyebar maklumat palsu.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Awasilah diri kamu dari berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Jangan mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara.” (Riwayat Bukhori & Muslim)
Dalam dunia yang moden pada hari ini ditambah pula dengan kemasukan pengaruh budaya-budaya yang tidak sihat dalam negara, akhirnya akan membawa kepada keruntuhan institusi kenegaraan. Masyarakat Malaysia yang selama ini bersatu padu dan saling bekerjasama bagi membangunkan negara dan hidup secara aman kian terancam dan berkemungkinan akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan seterusnya tidak bersatu serta berhasad dengki sesama sendiri.
Rasulullah S.A.W bersabda lagi bermaksud:
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan