Mufti: Haram batal haji kali pertama
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
15 Jun 2012
15 Jun 2012
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
SHAH ALAM – Membatalkan niat menunaikan fardu haji
kali pertama dengan sengaja adalah haram hukumnya. Mufti Selangor, Datuk Mohd
Tamyes Abd Wahid berkata, haji adalah fardu ain kepada mereka yang belum pernah
mengerjakannya dan cukup syarat yang ditetapkan.
“Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.
“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya menangguhkan niat menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kenyataan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerana menurutnya, berdasarkan hukum, haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.
Menurut Mohd Tamyes, mereka yang mahu menunaikan haji kali kedua atau ketiga dan seterusnya hukumnya adalah sunat. “Ini terpulang kepada individu sama ada mahu meneruskan niatnya ataupun tidak.
Apabila hukumnya sunat, jika dilakukan pahala ganjarannya dan jika tidak dilakukan tidak berdosa. “Tetapi jika mereka yang telah berniat di dalam ihram dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon yang dia terpilih menjadi calon wakil rakyat dan diminta pulang ke kawasan, maka haram hukumnya jika membatalkan niat itu walaupun ianya adalah haji yang kedua atau ketiga,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Tamyes berpendapat, walaupun individu itu pernah menunaikan haji kali pertama dan dapat peluang kedua adalah elok diteruskan niatnya itu. “Bagi mendapatkan kuota haji ini bukan senang, ada yang perlu menunggu berpuluh tahun baru berpeluang menunaikan haji. Pada pandangan saya, rugilah bagi individu itu jika melepaskan peluang yang diperolehinya.
“PRU berlangsung pada setiap lima tahun, tetapi peluang untuk mengerjakan haji bukan mudah untuk diperolehi,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/mufti-haram-batal-haji-kali-pertama-1.56725

Tiada ulasan:
Catat Ulasan