Ahad, 13 November 2016

SEPTEMBER 5TH, 2016
PETALING JAYA, 2 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini tidak sangsi dengan harga dan kualiti produk keluaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.
 
Perdana Menteri yang meluangkan masa hampir setengah jam di KR1M Stesen LRT Kelana Jaya di sini berkata kualiti produk KR1M adalah hampir sama dengan produk berjenama lain malah harganya lebih menjimatkan.
"Tujuan saya buat tinjauan hari ini adalah untuk mengesahkan perkara ini dan saya dapat buktikan melalui pembelian lima produk sama keluaran KR1M dan lima produk berjenama lain.
"Bila dikira produk berjenama harganya RM38.60 manakala produk KR1M pula berharga RM25.10. Bezanya RM13.50.
"Saya dapat mengesahkan melalui tinjauan hari ini memang dasar kerajaan untuk membuka KR1M benar-benar dapat bantu rakyat menjimatkan perbelanjaan mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di KR1M Stesen LRT Kelana Jaya.
Ketika tinjauan itu, Najib membeli susu pekat, minuman kordial, minuman coklat, pencuci pinggan mangkuk dan bihun.
Najib berkata penjimatan lebih banyak dapat dinikmati rakyat sekiranya membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak di KR1M.
"KR1M diwujudkan di seluruh negara untuk memberi pilihan kepada rakyat di mana produk keluaran KR1M adalah lebih rendah daripada jenama lain," katanya yang sebelum ini merasmikan KR1M cawangan itu pada Jun 2011.
Mengenai penambahan cawangan KR1M di seluruh negara, Najib berkata kerajaan akan meneruskan perancangan untuk menambah jumlah kedai itu selain menambah baik kedai sedia ada dari semasa ke semasa.
"Kita sedia maklum kos sara hidup selalu disebut sebagai suatu isu yang dihadapi rakyat sebab itulah kerajaan telah membuka 175 buah KR1M di seluruh negara," katanya.
Sementara itu Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata sejak dibuka pada 2011, permintaan terhadap produk keluaran KR1M terus meningkat di semua cawangan lain.
Katanya permintaan itu disebabkan kualiti produk KR1M yang memenuhi kehendak pengguna walaupun dijual pada harga lebih murah berbanding jenama lain.
"Keseluruhan barangan di kedai ini sekitar 3,000 dan daripada jumlah itu 285 produk merupakan keluaran KR1M yang sentiasa mendapat permintaan sehingga perlu ditambah stok setiap minggu," katanya.
Amer Ali berkata sehingga kini pihaknya tidak pernah menerima maklum balas negatif daripada orang ramai berhubung harga mahupun kualiti produk KR1M kerana apa yang ditawarkan memberi penjimatan kepada orang ramai terutama mereka yang dibebani kos sara hidup.
-- BERNAMA
SEPTEMBER 29TH, 2016
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS 1 Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2016.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata kadar pengagihan pendapatan berkenaan membabitkan pembayaran berjumlah RM700.63 juta yang dimanfaatkan lebih 393.000 pemegang unit langganan 11.486 bilion unit AS 1Malaysia.
Sehingga 23 September lalu, katanya, dana AS 1Malaysia memperoleh pendapatan kasar RM777.63 juta, dengan keuntungan penjualan saham syarikat menyumbang RM344.87 juta atau 44.4 peratus.
"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat pula menyumbang RM321.27 juta atau 41.3 peratus; dan bakinya RM111.49 juta (14.3 peratus) diperoleh melalui pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan pendapatan AS 1Malaysia di sini, pagi ini. Pengagihan pendapatan AS 1Malaysia akan dilaksanakan melalui pelaburan semula dalam bentuk unit yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2016.
OKTOBER 17TH, 2016
Johor Bahru: Graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Melbourne, Australia yang juga anak kelahiran Kluang, Johor sedikit pun tidak berasa kekok apabila hadir untuk mencuba nasib pada Program Temuduga Kerjaya Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).
Puteri Faten Fatihah Megad Mohd Nizar, 23, adalah antara 16,000 pengunjung yang menghadiri SL1M yang buat julung kali diadakan di Johor Bahru di sini, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.
Mengakui terpaksa bersaing dengan ramai graduan dan juga peserta yang hadir pada program berkenaan, namun dengan tekad mahu berbakti di negara ini, anak muda itu tidak berputus asa menyerahkan resume pada setiap syarikat yang hadir pada program SL1M itu.  
Katanya, beliau langsung tidak menyangka akan terpilih untuk mengikuti latihan selama setahun dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Cari peluang pekerjaan
"Saya menamatkan pengajian pada Julai lalu dan memang berhasrat untuk mencari pekerjaan. Tidak sangka saya diterima oleh PNB dan berpeluang menjalani latihan selama setahun di sana," katanya.
Puteri Faten Fatihah berkata, beliau berpendapat kemungkinan berkemahiran bahasa Inggeris dan juga keputusan akademik yang baik antara faktor menyebabkan beliau terpilih untuk menjalani latihan di PNB.
"Apa pun, saya melihat SL1M sebagai satu usaha murni kerajaan dalam membantu graduan mendapatkan pekerjaan dan juga latihan membabitkan pelbagai peringkat kelulusan," katanya. 
Bagi graduan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Politeknik Metro Kuantan, Nur Hidayah Mohd Yunus, 21, berkata beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri SL1M bagi mencari peluang pekerjaan.
"Saya difahamkan hampir 10,000 peluang pekerjaan dan latihan daripada tahap kelulusan PMR hingga ijazah ke atas.
"Sedar terpaksa bersaing dengan ribuan graduan dan juga peserta lain, namun ia tidak melunturkan semangat untuk saya mencuba menghantar resume kepada beberapa syarikat berkaitan sektor pelancongan," katanya yang berasal dari Kota Tinggi.
Sementara itu, Penolong Pengurus Sumber Manusia AEGIS BPO Malaysia Sdn Bhd, Ivy Ng Tze Hui, berkata sepanjang berlangsungnya SL1M selama dua hari, pihaknya menerima lebih 340 permohonan daripada peserta bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan.
Tawar pelbagai jawatan
Katanya, antara jawatan kosong ditawarkan ialah perkhidmatan pelanggan, sokongan teknikal, tele-pemasaran dan perunding pusat pelancongan.
"BPO Malaysia mula beroperasi di negara ini sejak 2014, malah kami juga beroperasi di sembilan negara dengan memiliki 44 pejabat dan hampir 44,000 kakitangan.
"Walaupun kita menawarkan latihan kepada pekerja baharu, pada proses temu duga kita turut memastikan setiap pemohon mampu berkomunikasi baik dalam bahasa Inggeris, katanya.
Eksekutif Sumber Manusia Marrybrown Sdn Bhd, Azlinda Mohd Sharupi, berkata Program Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) turut memberi peluang kepada graduan mendapatkan pekerjaan.
Katanya, secara tidak langsung, IMEG juga banyak membantu majikan khususnya dari segi faktor kewangan kerana 50 peratus dari gaji asas mereka yang terpilih dalam program itu akan dibayar oleh IRDA selama hampir enam bulan.
"Sejak program ini diperkenalkan Mei lalu, kita sudah menerima hampir 50 permohonan dan daripada jumlah itu, lima pemohon sudah mendapat kelulusan IRDA bagi program IMEG," katanya.
Pemangkin pertumbuhan ekonomi
Johor Bahru: Pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang pesat dengan kehadiran lebih ramai pelabur khususnya dari luar negara menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan membabitkan pelbagai sektor.
Sebagai kerajaan bertanggungjawab, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2011 melancarkan Program Temuduga Kerjaya Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dalam usaha membantu graduan tempatan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam mendapatkan pekerjaan.
Bantu graduan cari pekerjaan
Sejak diperkenalkan lima tahun yang lalu, SL1M berjaya membantu hampir 93,000 graduan dan fokus utama program berkenaan juga membantu graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan, terutama yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan menetap di luar bandar.
Keberkesanan program itu dapat dilihat apabila kira-kira 16,000 pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri SL1M peringkat zon selatan selama dua hari yang julung kali diadakan di Johor Bahru, baru-baru ini.
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 12 dan 13 Oktober lalu, membabitkan penyertaan 120 syarikat yang menawarkan 10,000 peluang latihan dan pekerjaan kepada graduan dari pelbagai peringkat kelulusan.
Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail, berkata walaupun program berkenaan pertama kali diadakan di Johor Bahru, namun ia mendapat sokongan yang cukup menggalakkan daripada graduan dan juga peserta lain. Terima sambutan hangat "Kami tidak sangka pada hari pertama kehadiran yang dicatatkan hampir 8,000 orang begitu juga pada hari kedua. "Ini menunjukkan, pengunjung benar-benar mahu memastikan mereka tidak melepaskan peluang menghadiri SL1M supaya dapat mencari peluang pekerjaan atau pun latihan yang ditawarkan," katanya.
Katanya, bagi 2016, SL1M menutup tirainya di Johor Bahru dan sepanjang penganjurannya bermula dari Sabah, Terengganu, Sarawak, Labuan dan Kedah sokongan diterima cukup menggalakkan.
Norashikin berkata, bagi 2017, SL1M dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada suku pertama tahun depan.

OKTOBER 31ST, 2016
Permohonan rumah yang dibina dalam projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) adalah terbuka kepada semua rakyat jelata yang berkelayakan tanpa mengira kaum.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, tujuan kerajaan memperkenalkan projek perumahan ini adalah untuk membantu golongan miskin dan sederhana yang tidak mampu membeli rumah.
"Selain Prima, projek-projek yang dijalankan kerajaan seperti MyHome dan MyDeposit sememangnya untuk membantu golongan yang tidak mampu miliki rumah tanpa membezakan kaum," katanya dipetik dalam Sin Chew Jit Poh.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan majlis penerangan kepada wakil-wakil daripada 30 persatuan Cina, kelmarin.
Turut hadir  pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.
Noh berjanji kerajaan akan membina lebih banyak rumah kepada golongan yang memerlukan sekiranya mempunyai kawasan tanah yang mencukupi.
Manakala Abdul Mutalib memberitahu, sehingga projek PPR1MA dimulakan pada tahun 2013, sejumlah 1.34 juta orang telah berdaftar dengan 67 peratus adalah terdiri daripada kaum Melayu; Cina, 22 peratus dan India, 5 peratus.
"Saya harap dengan menganjurkan majlis penerangan ini, ia akan menggalakkan lebih ramai kaum Cina yang berkelayakan membuat permohonan untuk memiliki rumah sendiri," katanya.
OKTOBER 25TH, 2016
Kuala Lumpur: UEM Group Berhad (UEM Group), sudah melatih seramai 1,550 graduan menerusi Skim Latihan 1Malaysia-Skim Eksekutif Muda (SL1M-YES) yang diperkenalkan sejak 2006 dan memberi peluang pekerjaan di bawah syarikat UEM Group.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM Group, Datuk Izzaddin Idris berkata, pada hari terbuka SL1M-YES tahun lalu saja, terdapat lebih kurang 1,200 graduan baru menghadirinya untuk memenuhi 250 pekerjaan yang ditawarkan.
“Tahun ini, kami menawarkan 400 pekerjaan berbanding 250 ditawarkan tahun lalu dan pada hari terbuka pertama SL1M-YES 2016 yang berlangsung pada 18 dan 19 Ogos lalu, lebih 1,000 graduan luar serta dalam negara hadir.
“Setakat ini, 160 graduan telah berjaya mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan,” katanya di Hari Terbuka SL1M-YES 2016 kali kedua di Mercu UEM di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
UEM Group melabur kira-kira RM5 juta bagi menjalankan program tahunan ini. Program ini membabitkan latihan kemahiran insani wajib selama sebulan dan 11 bulan latihan lain seperti bahasa Inggeris, kemahiran menyelesaikan masalah serta latihan pengurusan masa.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, graduan perlu bersedia menghadapi dunia pekerjaan dan melengkapkan diri dengan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.
“Di era globalisasi ini, Bahasa Inggeris amat diperlukan dan graduan perlu mahir menguasai bahasa utama dunia ini jika mahu berjaya,” katanya.
OKTOBER 21ST, 2016
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diperkenalkan pada 2012 menyaksikan limpahan langsung kepada ekonomi negara, termasuklah peningkatan dalam pendapatan boleh guna isi rumah, penggunaan swasta dan output barangan pengguna.
Menurut artikel sisipan di dalam Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, pada 2014, bahagian isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 berkurangan hampir separuh kepada 24.3% (2009: 52.7%), manakala isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000 meningkat ketara kepada 30.6% (2009: 23.1%).
Berikutan pendapatan isi rumah yang semakin meningkat, kadar kemiskinan mengecil kepada 0.6 pada 2014, manakala Pekali Gini bertambah baik dalam tempoh sama, menyaksikan pengurangan jurang ketidaksamaan pendapatan kepada 0.401 daripada 0.441, pada 2009.
(Pekali Gini dengan nilai antara “0” dan “1” adalah kaedah digunakan untuk mengukur ketidaksaksamaan. Nilai “0” mewakili “kesaksamaan sempurna” dan “1” mewakili “ketidaksaksamaan sempurna”.)
Menurut laporan itu, pendapatan boleh guna isi rumah adalah penentu utama penggunaan swasta, menyumbang secara purata 67.4% daripada pertumbuhan penggunaan swasta.
Peningkatan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah akan menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan swasta kerana golongan ini mempunyai kecenderungan marginal lebih tinggi untuk berbelanja.
Satu kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan, isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan secara purata akan membelanjakan 81 sen daripada RM1 pendapatan tambahan, berbanding 18 sen bagi isi rumah berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan.
Antara 2012 dan 2015, BR1M menghasilkan peningkatan penggunaan swasta sebanyak 7.1% secara purata berbanding 6.8% tanpa pindahan tunai.
Bayaran tunai BR1M bertujuan mengurangkan kesan kos sara hidup tinggi kepada golongan 40% isi rumah terendah (B40).
Kesan segera BR1M dicerminkan oleh peningkatan pendapatan boleh guna kumpulan B40 yang seterusnya meningkatkan pembelian barangan keperluan asas, seperti makanan dan kediaman.
Peningkatan ini secara tidak langsung merancakkan aktiviti domestik melalui penambahan pengeluaran barangan pengguna, ia terbukti dengan peningkatan dalam pengeluaran industri berkaitan pengguna, seperti kediaman, makanan dan minuman, kenderaan bermotor, pemilikan kediaman, tempat penginapan, elektrik dan gas serta kewangan dan insurans.
BR1M merupakan satu bentuk pemberian tunai bersyarat yang diberikan sebagai bayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dan RM2,000 bagi individu. Pada 2014, bantuan BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000.
Pada akhir September 2016, sejumlah RM5.4 bilion diagihkan kepada 4.2 juta isi rumah dan 3.1 juta individu bujang.


Kerajaan Pertingkat Keselamatan Berkaitan Pelarian Antarabangsa

PARLIMEN
KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memastikan pengeluaran kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) melalui beberapa proses serta prosedur ketat bagi memantapkan lagi sistem berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membincangkan kaedah-kaedah yang bakal diambil bagi memastikan pengeluaran kad tersebut bukan sahaja bersifat telus, malah mengambil kira aspek-aspek keselamatan yang ketat.
Jelasnya, pihak UNCHR juga telah mengeluarkan kad baharu bagi menggantikan kad-kad lama yang dipercayai mempunyai kekurangan dari segi keselamatan serta mudah untuk dipalsukan.
Reezal berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan bagi menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin.
Tambah beliau, pihak yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan perkara tersebut seperti yang tertakluk di bawah Arahan 23, adalah termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam pada itu, Reezal yang turut disoal mengenai pendirian kerajaan dalam isu UNHCR berkata, kerajaan memilih untuk melaksanakan tanggungjawab dalam apa juga konvensyen atau persatuan yang dianggotainya meskipun berdepan pelbagai kekangan.
"Malaysia melihat sebarang bentuk keanggotaan negara sebagai suatu perkara yang memerlukan tanggungjawab. 
"Ingin saya nyatakan disini bahawa terdapat banyak negara yang telah menandatangani perjanjian keanggotaan seumpama ini, namun apabila tiba di peringkat pelaksanaan, mereka gagal untuk melaksanakan perkara tersebut disebabkan oleh beberapa bentuk kekangan," ujarnya.

Murysidul Am PAS Ulas Hubungan PAS Dengan UMNO



PAS bersama dengan UMNO dalam perkara kebajikan dan syariat Islam, ini penjelasan Mursyidul Am PAS

Air Dan Minyak, Mana Lebih Utama Bagi Rakyat?


Bermula hari ini, harga runcit bagi minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak RM0.15 berkuatkuasa 1 November.
Seperti biasa, apabila pengumuman kenaikan harga minyak, maka “gegak gempita” satu Malaysia dengan pelbagai tohmahan jahat dilemparkan kepada kerajaan.
Sebenarnya, kebanyakan mereka yang membuat bising ini terlupa bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini semuanya berdasarkan cadangan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dari PKR yang mencadangkan supaya kerajaan mengapungkan harga minyak bersandarkan kepada harga semasa minyak di pasaran dunia.
Namun, ianya langsung tidak dipandang oleh mereka yang membenci kerajaan dan segala kesalahan dan bebanan terus diletakkan dibahu kerajaan kononnya menekan rakyat.
Pada masa yang sama, ramai di kalangan mereka yang mengagungkan pembangkang terlupa akan hakikat, mereka terpaksa menanggung derita hanya akibat kelalaian kerajaan pembangkang sendiri menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
Di Selangor hari ini, lebih 1.6 juta penduduk Selangor terjejas akibat acapkali terputus bekalan air. Jika mahu dibandingkan dengan petrol, bekalan air yang konsisten amat diperlukan setiap hari untuk kegunaan harian.
Tidak seperti petrol, kita hanya menggunakan selang tiga atau empat hari dalam seminggu. Namun, lumrah manusia, kita tidak dapat lari daripada menggunakan air untuk kehidupan kita seharian. 
Walaupun kerajaan Selangor menjanjikan bekalan air percuma, namun dengan ketiadaan air, bukan sahaja ia menekan keperluan rakyat, malah mengganggu aktiviti harian.
Bayangkan jika pengasuh tadik menyampaikan mesej pada keluarga supaya membawa 5 liter air ke sekolah untuk keperluan anak anak, mandi dan membasuh hadas kecil dan besar. 
Harga air 1.5 liter adalah RM2.25. Jika ada dua orang anak, maka penjaga itu perlu beli 10 liter air di kedai Speedmart. 
Harganya dalam RM22.50 untuk sepuluh botol air 1.5 liter. Biasanya pusat rawatan air Selangor tutup selama 3 hari bila berlaku gangguan air. Sudah 6 kali berlaku gangguan air di Selangor, bermakna 18 hari secara keseluruhan. 
18 hari bermakna keluarga itu berbelanja RM22.50 x 18 hari = RM405 untuk tahun ini sahaja. Apa boleh buat, RM405 ini terpaksa dibelanja demi mendapatkan air untuk anak anak. 
Dengan purata petrol naik 0.15 sen ini, berapa agaknya lebihan belanja untuk bulan ini? Katakan setiap orang isi 20 liter petrol untuk kegunaan seminggu bekerja. Kalau sebulan, 4 kali isi. Maka jumlahnya adalah lebihan 80 liter x 0.15 = RM12 sahaja untuk bulan ini. 
Mana lagi mahal, RM12 lebihan untuk petrol atau RM405 untuk air? 
Tentunya air lebih penting. Mereka yang melenting bila naik 15 sen ini sudah bacakah belum Belanjawan Selangor yang dibentang Azmin semalam? Ada nampak perancangan Azmin untuk atasi masalah air. 
Apa yang jelas, Bajet Azmin sejak jadi MB Selangor adalah defisit untuk tahun ketiga berturut turut, dari RM452 juta jadi RM900 juta defisit. 
Katanya mahu fokus pembangunan, tidak guna juga fokus pembangunan kalau air tiada. Rakyat defisit RM405 akibat 6 kali gangguan air di Selangor
Jumlah ini melibatkan 1.6 juta penduduk yang terjejas di Hulu Langat. Air lagi penting dari memenangi Piala Malaysia. Sebab itu jangan marah rakyat kalau mereka "troll" Azmin sebab isu air. 
Memang air penting dari minyak. Satu hari badan memerlukan air 8 liter, minyak 20 liter seminggu baru habis kalau tidak ke mana mana. Kena rasional, isu air lagi penting dari minyak. 
Tulisan :
Beruang Biru
BB113, Selasa
1 November 2016

Gas Masak Naik, Satu Lagi Siri Cerita Rekaan Pembangkang



Pembangkang sengaja mereka reka cerita tidak benar hanya untuk satu tujuan sahaja. Untuk membuat rakyat rasa panik dan menimbulkan emosi marah pada kerajaan. 

Padahal pembangkang pun sendiri tahu cerita yang mereka buat itu tidak benar. Pembangkang gunakan kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang tidak gemar menyemak sesuatu fakta. 

Kebiasaanya rakyat Malaysia suka menerima apa sahaja yang mereka baca dan terus membuat kesimpulan tanpa menyemak berita yang dibaca itu sahih atau pun tidak. 

Inilah sebabnya mereka begitu banyak persepsi dapat dicipta dan diviralkan dengan begitu cepat sekali. Hanya ada satu jalan sahaja untuk menghalang kegilaan berita tidak benar ini. Semak dahulu sesuatu yang dibaca. Apa sumbernya dan apa link sebenar bahan yang dibaca.