Selasa, 30 Oktober 2012


Ini Bukti PAS Tolong DAP Lenyapkan Orang Melayu

Ahad, 28 Oktober 2012


Anwar Kata Orang PAS Mempersendakan Ayat Al Quran


PAS Politikkan Khutbah Aidiladha


Anwar Ibrahim Kata PAS-DAP Memperbodohkan Rakyat

Selasa, 23 Oktober 2012


Khalid Ibrahim Salah Guna Kuasa Beri Tanah Pada Elizabeth Wong



Surat Yusuf Qardawi Dedahkan Pembohongan Sebenar Pembangkang



Video Nasharuddin Mat Isa Kecam Karpal Singh



Malaysia Melonjak Ke Tempat Ke-12 Dalam Laporan "Ease Of Doing Business"




KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013.

Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).
 

Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.
 

Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.
 

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013.

Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.

Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.

Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Katanya Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

-- BERNAMA 

5 Kepincangan Audit di Negeri Selangor



Anwar Ibrahim Hentam Harakah


PRU13 Bila Bila Masa Daripada Sekarang Kata Tun M

Ahad, 21 Oktober 2012


Pakatan Pembangkang Hendak Hapus Tabung Haji?


Kontrak Misteri RM2.55 juta Di Kedah, SPRM Harus Siasat


DAP Hendak Curi Duit BR1M

Khamis, 18 Oktober 2012


DAP Zalim, Mahu Roboh Rumah Rakyat Di Pulau Pinang


Kantoi, Rakyat Sudah Tahu Janji Kosong Anwar


Anwar Kata DAP Parti Putar Belit

Selasa, 16 Oktober 2012


Bukti BN Ketepi Fahaman Politik Untuk Bantu Sekolah Agama


Rakyat Mahu Automated Enforcement System (AES) Dikaji Semula


Video Ucapan Dato Seri @NajibRazak di Debat Piala Perdana Menteri


Patutlah Ramai Tidak Keluar PAS, Video Ini Ada Jawapannya



Haron Din Jadi Mursyidul Am PAS

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut.

Katanya, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.

"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jati mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tetap akan bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.

Hasan berkata, Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas.

"Sama ada (kehadiran itu) benar-benar menguntung atau merugikan bukan sahaja kepada Pas tetapi yang lebih penting imej, kehebatan dan keagungan Islam," katanya.

Beliau menegaskan, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa DAP tidak pernah mengganggu Pas dan merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam pilihan raya umum akan datang agak keterlaluan.

"Lupakah Nik Aziz dan orang-orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

"Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebut akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang didatangkan oleh DAP,'' tegasnya.

Hasan berkata, kedua-dua kenyataan terakhir Nik Aziz berhubung kerjasama dengan DAP mempunyai dua implikasi besar.

Pertamanya, jelas beliau, kenyataan tersebut akan mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong Pas yang sudah tidak mampu menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

"Kedua, saya bimbang kenyataan itu akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian pimpinan Pas yang merupakan golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Pas disebabkan 'peluru' yang disediakan oleh Nik Aziz sendiri,'' ujarnya.

Menurut beliau, seperti yang diketahui Nik Aziz mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas dan bagi kebanyakan ahli serta penyokong Pas, mereka menganggap Mursyidul Am Pas itu adalah segala-galanya.

"Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau.

"Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dalam kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting di sisi Allah SWT," katanya.

Selasa, 9 Oktober 2012


Video Ceramah Nasharuddin Mat Isa Di PWTC


Bukti PAS Lari Dari Prinsip Islam


Ini keratan Harakah Daily, apa agaknya komen Haron Din 
pada berita Harakah ini?

Ahad, 7 Oktober 2012


Video ADUN PAS Berceramah Sambil Promosi Tiger Beer



Guan Eng Semai Politik Perkauman Dalam Gereja?




KUALA LUMPUR 6 Okt. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.

Bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja, Guan Eng berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.

"Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu semalam.

Beliau berkata demikian seperti mana disiarkan dalam portal berita, Malaysiakini.

Yang turut hadir, Exco negeri, Abdul Malik Abdul Kassim, Wong Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Pulau Pinang, Bishop Emeritus Antony Selvanayagam.

Dalam sesi dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Sementara itu penulis blog BigDogDotCom ketika mengulas berita tersebut mendakwa gesaan Guan Eng dalam majlis berkenaan berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan memandangkan program terbabit berkait rapat dengan kelompok pemimpin agama.

"Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng menggunakan platform majlis berkenaan untuk menyemai agenda politik pembangkang. Ringkasnya, DAP menggunakan gereja sebagai platform politik," katanya sebagaimana dipetik dalam bigdogdotcom.wordpress.com, hari ini.

Menurut beliau, sekiranya gesaan yang dilakukan oleh Guan Eng itu dibuat bukan atas platform majlis keagamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka prasangka DAP tidak menggunakan gereja boleh dielakkan. 

"Namun dipercayai Guan Eng sengaja membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik mereka," ujarnya.

Beliau berkata, pembangkang sering mengambil kesempatan menyemai bibit-bibit politik, terutama 'politik kebencian' yang kini telah pun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia semakin berpecah dan tidak bersatu padu. 

Ujarnya, adalah amat bahaya apabila pembangkang terus-menerus menggunakan platform rumah ibadat dan majlis keagamaan demi menyebarkan pengaruh politik mereka. 

"Perkara seperti ini semestinya akan mengundang reaksi termasuk orang ramai, sekiranya tiada tindakan oleh pihak berkuasa. 

"Guan Eng sebagai Ketua Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan kepercayaan," katanya.


Video Faekah Dikecam Oleh Ketua Penerangan PKR Selangor



Guan Eng Zalimi Penjaja Di Penang

Khamis, 4 Oktober 2012


Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Ketika ini heboh diperkatakan tentang Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang dalam mana-mana media termasuk blog, twitter, facebook dan akhbar-akhbar tempatan. Tercetusnya Kabinet Bayangan ini apabila Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei mendedahkan jumlah pemimpin PKR yang akan menerajui Kabinet sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam pilihan raya nanti.

Kenyataan Shuhaimi itu didedahkan akhbar Sinar Harian setelah mendapat perkenan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Keadilan.

Hari ini Utusan Malaysia dalam muka depannya telah menyiarkan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mewarnai Kabinet Bayangan sekiranya menang pilihan raya. Jika kalah, Kabinet Bayangan ini hanya tinggal bayang-bayang sahaja.

Sumber ini diperolehi daripada blog Papagomo.com menerusi sumber dalaman PKR yang sahih.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim - Ketua Umum Keadilan dan Ketua Pembangkang ini sebulat suara dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika tidak sebulat suara pun, Anwar Ibrahim akan melantik dirinya sebagai Perdana Menteri atas pengalaman ‘memangku’ jawatan Perdana Menteri selama 3 bulan dan dalam masa yang sama telah menyalahgunakan kuasa. Selain itu, menghadapi lebih 5 tuduh meliwat dan terlibat dalam menjalinkan hubungan dengan ‘isteri’ kawan baik sendiri serta berlakon dalam Filem Khalwat Chinadoll. Juga, terkenal dengan lidah bercabang dan berkawan dengan Yahudi dan Rejim Zionist.

Timbalan Perdana Menteri I – Biarpun memegang jawatan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan menjadi alat kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Perjuangan Islam yang ditonjolkan PAS hanyalah pada nama saja.

Timbalan Perdana Menteri II – Setiausaha DAP, Lim Guan Eng terpaksa menerima jawatan tersebut walaupun mengimpikan jawatan Perdana Menteri untuk bersama dengan rakannya di Singapura yang diterajui PAP. Rekod Lim Guan Eng semasa memerintah Pulau Pinang pastinya akan menghantui rakyat Malaysia tertama orang Melayu. Pemimpin yang sama tarafnya dengan tokong itu menindas rakyat Melayu Pulau Pinang dalam mencari rezeki dan berniaga di negeri sendiri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR ini bukan saja menjadi isteri pertama Malaysia bahkan menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Portfolio yang sesuai untuk Wan Azizah ialah Menteri Hal Ehwal Islam. Ini membolehkan segala yang haram akan dapat dijadikan halal seperti LGBT, rumah urut dan perbuatan luar tabie.

Menteri Kewangan – Jika Tony Pua memegang jawatan ini pastinya Malaysia bukan sahaja bankrup tetapi terpaksa meminjam kepada IMF dan Bank Dunia. Pelaksanaan Bajet 2013 Pakatan Pembangkang dan Buku Jingga yang diperjuangkan selama ini akan memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia.

Menteri Pelajaran – Bekas Menteri Besar Perak selama 6 bulan ini, Mohamad Nizar yang dikatakan menjawat Menteri Pelajaran akan merombak struktur dan sistem pelajaran sedia ada dengan memasukkan elemen demontrasi dan himpunan dalam silibus terbaru.

Menteri Dalam Negeri – Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR amat popular dengan simbol ‘aiskrim’. Pastinya, gejala aiskrim ini akan dihalalkan dalam masyarakat ketika pemerintahan Pakatan Pembangkang nanti.

Menteri Perdagangan – Husam Musa yang juga Bendahari PAS selepas ini akan selalu menaiki Jet Peribadi untuk urusan luar negara kerana mempunyai pengalaman menaiki Jet Peribadi bersama Anwar Ibrahim.

Menteri Pelancongan – Elizabeth Wong dari PKR ini akan merangka pelan pelancongan baru Malaysia dengan memberikan geran yang banyak kepada penyiaran gambar bogel dalam industri pelancongan. Ini akan memberikan pulangan dan hasil yang lumayan.

Menteri Pertanian – Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR ini terkenal dengan lidah bercabang dan cakap bohong. Industri subsidi baja akan menjadikan dirinya kaya dan membolehkan beliau membeli sebuah Jet Peribadi.

Menteri Pembangunan Wanita - Zuraida Kamarudin atau lebih terkenal dengan panggilan Mak Lampir ini nescaya akan terlibat dalam skandal kerbau. Jika sebelum ini lantang membawa isu NFC dan lembu, kali ini Mak Lampir itu akan terjerat dengan isu kerbau.

Menteri Wilayah Persekutuan – Nurul Izzah, merupakan Naib Presiden PKR mencipta sejarah pentadbiran Malaysia menjadi ‘anak’ kepada Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah di dunia ini yang mempunyai anak beranak dalam kabinet.

Sumber Wira Kenyalang

100,000 Penjawat Awam Akan Diberhentikan