Selasa, 25 September 2012


Bukti Nyata DAP Tolak Negara Islam


Isnin, 24 September 2012


Terbongkar Lagi Satu Penipuan Mahasiswa Pro Pembangkang di UM #ProMenipu


Sudahlah terkantoi menipu dalam kes culik menculik. Kantoi lagi dalam lakonan tidur atas jalan jam 2 pagi. Kantoi tipu sijil cuti sakit. Tahun ini Pro M (mahasiswa pro pembangkang) kantoi lagi menipu dalam risalah yang mereka buat.

 1) Calon fakulti Kejuruteraan 'Long Li Ping' - Ejaan yang sebenar ialah Lock Li Ping 

2) Yong II Yang - Adalah seorang lelaki bukannya seorang PEREMPUAN seperti yang ditunjuk di dalam gambar

Lihat video ini, emak Masturah tergagap gagap menjawab lakonan yang diadakan Masturah (baca lagi di sini)

Sekali dua bolehlah menipu, tetapi kalau sudah berkali kali sudah pasti mahasiswa akan mengajar kembali si penipu dalam kertas undi. Inilah peluangnya untuk rampas kembali kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UM dari mereka yang suka menipu.
 


Video Mahasiswa Pro Pembangkang Ugut Calon di UIA #ProMenipu



Jet Peribadi : Bukti Anwar Ibrahim Berbohong Lagi

Selepas anda membaca entri ini, anda tentu bertambah ragu dengan jawapan Anwar Ibrahim tentang isu jet peribadi milik businessman yang juga merupakan rakan beliau.

Dalam laporan berita, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau 'terpaksa' menggunakan jet peribadi kerana 'tiada connecting flight daripada Labuan - Kota Kinabalu pada hari itu'.

Lihat printscreen twitter Khairy Jamaluddin di bawah :



Yang menimbulkan keraguan sama ada Anwar bercakap benar atau berbohong ialah sebenarnya terdapat penerbangan Labuan - Kota Kinabalu, sekurang-kurangnya 2 kali sehari seperti yang didedahkan oleh Khairy Jamaluddin!

Sila rujuk juga jadual MAS di sini : KLIK SINI

Rabu, 19 September 2012


Tarikh Pilihan Raya Kampus di 20 IPTA Malaysia


Selasa, 18 September 2012

Penduduk Chuping membantah penerbitan & penyiaran filem menghina Islam.





Ngeh Ko Ham Menyokong Sama Filem Menghina Umat Islam





Isnin, 17 September 2012

Khamis, 13 September 2012


Harga Kereta : Rafizi Kantoi Lagi


Kantoi lagi, rupanya harga kereta ini satu saranan yang sebenarnya untuk kayakan kroni mereka.

Aduh! Pihak Pakatan benar-benar terdesak kebelakangan ini. Ketandusan idea setelah gagal menawan pengundi muda (21-30) melalui kempen PTPTN yang memakan diri sendiri, kini Rafizi Ramli keluar dengan modal baru – tapi seperti biasa modal beliau lebih kurang sama dengan janji-janji Buku Jingga. Sedap didengar, dipakai jangan.

Strategi terbaru PKR dalam usaha memenangi undi pengundi-pengundi atas muda dan pagar pada PU13 adalah dengan menawarkan harga kereta yang lebih murah.

Jika seseorang berlawak seperti itu beberapa bulan lepas, kami mungkin menggaru kepala dan sekadar tergelak sahaja, namun Rafizi Ramli dan rakan-rakan nampaknya serius dalam hal ini.

Berhadapan dengan masalah-masalah dalaman yang telah meletakkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan leftenan-leftenan tertinggi beliau Azmin Ali dan Rafizi Ramli, kegagalan menyelesaikan pertikaian tentang hudud antara DAP dan PAS, ketidakupayaan atau ketidakrelaan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan seangkatan dalam membentuk sebuah kabinet bayang-bayang mahu pun sebuah manifesto yang mantap, dan kegagalan untuk menyerang polisi ekonomi kerajaan kerana ia sedang membawa pertumbuhan 5.4%, pendapatan per kapita yang lebih tinggi, dan pelaburan luar yang lebih banyak - apa yang boleh ditawarkan oleh PKR sebaliknya adalah: kereta-kereta yang lebih murah.

Ya, strategi pilihanraya PKR nampaknya cuba merasuah pengundi-pengundi atas pagar dengan satu janji kabur untuk kereta-kereta yang lebih murah. Memang sukar dipercayai, namun inilah hakikatnya.

Rafizi Ramli dari ayam tambatan tanpa haluan PKR telah mendakwa pembayar-pembayar cukai kerugian sekitar RM3.5 billion setiap tahun melalui Permit Kelulusan (AP) dan berkata bahawa jumlah ini sebaliknya boleh digunakan untuk menurunkan harga kereta.

Parti ini telah menjanjikan satu rombakan semula ke atas Dasar Automotif Negara (NAP) yang bakal melibatkan pemotongan duti eksais dan beban cukai tiga ganda ke atas kereta sekiranya ia berjaya mengusai Putrajaya.

Rafizi telah membentuk sebuah fatamorgana ekonomi daripada AP di sebuah persidangan akhbar pada hari Selasa lepas. Beliau melandaskan teori beliau di atas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir minggu lepas yang dilaporkan telah berkata bahawa penjualan AP kepada pembida tertinggi akan membuatkan harga setiap AP bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000.

"Sekiranya jumlah pengeluaran AP setiap tahun mencapai 70,000 seperti yang dianggarkan, negara ini dan rakyatnya akan kerugian sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang kini diterajui Datuk Mukhriz hanya mengenakan bayaran RM10,000 semasa AP diedarkan ... tanpa melalui proses tender terbuka," dakwa Rafizi.

Beliau berkata sebuah sistem tender terbuka untuk AP akan "membolehkan harga kereta turun naik berdasarkan pasaran terbuka," dan mendakwa bahawa ini akan memupuk persaingan antara penjual-penjual kereta untuk menawarkan harga-harga terbaik untuk masyarakat umum.

Ini adalah pemikiran ekonomi yang teruk, dan pemikiran politik yang lebih teruk lagi.

Pengiraan ekonomi Rafizi sangat lemah, kerana sebaik saja kesemua AP ditawarkan kepada pembida tertinggi, bekalan AP akan menjadi sangat tinggi sehinggakan pembida-pembida premium yang kini bersedia untuk mendapatkan AP akan berkurangan daripada jumlah RM50,000-RM60,000 yang diandaikan oleh Rafizi. Oleh yang demikian, anggaran beliau tentang kerugian RM3.5 bilion itu adalah sesuatu yang sangat dibesar-besarkan.

Keduanya, setiap negara pengeluar kereta mengenakan sekatan terhadap pengimportan kereta untuk melindungi industri automotif tempatan. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia, Rafizi. Pergilah ke India, sebagai contoh, dan anda akan dapati bahawa wujud duti import sebanyak 102 peratus dan pengharaman ke atas import kereta-kereta terpakai.

Samada Rafizi suka atau tidak, harga kereta-kereta tidak akan "turun naik berdasarkan pasaran terbuka." Harga-harga kereta diatur dalam setiap pasaran kereta, samada di Amerika Syarikat mahu pun China.

Jadi apa yang ditawarkan oleh Rafizi kepada pengundi-pengundi hanyalah sebuah impian yang mustahil: Undi Pakatan Rakyat, dan anda akan hidup di dalam sebuah syurga kereta.

Atas sebab inilah politik di sebalik janji populis PKR sangat sinis.

Sepatutnya pihak pembangkang menawarkan polisi-polisi alternatif yang kukuh dan mampu memperbaiki pembangunan negara serta kehidupan harian rakyat jelata, dan bukannya menabur janji-janji palsu yang hanya berlandaskan perkiraan-perkiraan ekonomi yang tidak tepat.

Berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras tidak berminat untuk membeli kereta-kereta import yang mahal. Mereka hanya berusaha untuk menyara diri dan keluarga serta merancang untuk membuat keputusan-keputusan hidup yang lebih penting seperti memberi pendidikan kepada anak-anak dan juga membeli rumah sendiri.

Kerajaan Barisan Nasional sedang membawa perubahan yang besar dalam aspek-aspek ini, dengan pihak kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum, membawa perubahan-perubahan meluas dalam sektor pendidikan, dan menawarkan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki.

Pakatan pula sebaliknya hanya sibuk memanjakan golongan minoriti kecil yang mahukan kereta-kereta import, lantas cuba untuk menggula-gulakan golongan ini dengan penurunan harga kereta-kereta.

Siapa sebenarnya yang ingin dibantu oleh Pakatan dengan janji kereta murah ini? Sudah pastinya bukan orang kebanyakan.

Kita orang berilmu jangan termakan dengan janji dan polisi populis Pakatan Rakyat. Polisi-polisi yang diketengahkan setakat hari ini cuma berdasarkan andaian ahli politik semata, dan tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana pakar ekonomi dunia.

Ketika bandaraya-bandaraya lain di dunia berlumba-lumba untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam, Pakatan pula galak menyuruh orang membeli kereta. Sekiranya lebih banyak kereta di jalanraya kerana harga murah, apa Rafizi ingin lakukan bila kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol yang mencanak naik? Memang sah Rafizi dan Anwar sedang merancang menuju bankrap untuk negara kita.

Rafizi dan rakan-rakan harus bangkit dari lena yang panjang dan sedar bahawa pihak Pembangkang harus memperbaiki diri secepat mungkin. PU13 sudah menghampiri, dan sekiranya apa yang boleh dijanjikan oleh Pakatan hanyalah kereta-kereta yang lebih murah sambil mereka masih degil bertelagah tentang hudud, keputusan pilihanraya barangkali sudah boleh diketahui sebelum hari pembuangan undi lagi.

Sumber : Info Semasa


Video Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Selasa, 11 September 2012


Video ADUN DAP Beri Amaran Pada Nasharuddin Mat Isa


Isnin, 10 September 2012


Duit Dari Soros Rupanya

Ahad, 9 September 2012


Unisel Rugi RM54.8 juta, Bukti Khalid Ibrahim Tidak Cekap Mentadbir


DAP Dalang Kejadian Pijak Gambar PM?


Mengapa  ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri, Norman Fernandez hadir untuk membela wanita yang memijak gambar Perdana Menteri ini? Begitu pantas sekali mereka hadir untuk memberikan "sokongan" kepada ikon baru mereka itu. Apakah ini bermaksud ada parti politik yang menjadi dalang di sebalik kejadian keji dan hina pada malam 30 Ogos 2012 lepas? Siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk memastikan dalang sebenar kejadian ini juga turut digari bersama.



Video Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Pada Orang Awam






Bas : Bukti Khalid Ibrahim Berbohong



Video Anwar Tidak Angkat Tangan Semasa Rukun Negara Dibacakan


Rabu, 5 September 2012


Orang Melayu di Kedah dan Kelantan Adalah Melayu Terawal?


BAGI saintis, kajian mengenai genetik melibatkan aspek teknikal. Tetapi dari satu sudut lain ia membongkar banyak perkara baru mengenai benda hidup, termasuk asal-usulnya.

Lebih daripada itu, saintis boleh menemui kaedah baru dalam rawatan penyakit manusia berdasarkan profil gen yang dimiliki.

Secara mudahnya, genetik merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi benda hidup.

Unit asas untuk semua benda hidup ialah sel yang mengandungi nukleus.

Di dalam nukleus, terdapat kromosom yang di dalamnya tersimpan maklumat pewarisan atau keturunan. 

Kromosom ialah makro-molekul yang terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA) yang memberi maklumat kod pewarisan atau keturunan dalam bentuk gelungan dua bebenang yang terdiri daripada ulangan jujukan empat nukleotida iaitu A (Adenine), T (Thymine) , C (Cytosine) dan G (Guanine) sahaja.

Setiap kromosom mengandungi beberapa ratus hingga beberapa ribu gen. 

Setiap gen terbentuk daripada jujukan DNA yang spesifik dan boleh ditafsir untuk pembinaan protein. Manusia mempunyai 23 pasang kromosom yang terdiri daripada lebih kurang 25,000 gen.

Bagaimanapun, terdapat variasi mutasi genomik antaranya polimorfisma nukleotida tunggal atau SNP iaitu apabila nukleotida (A,C,T atau G) dalam jujukan DNA berbeza dalam individu berkenaan. 

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, saintis kini memfokuskan kepada kerja-kerja penjujukan DNA bagi mencari variasi yang berbeza pada manusia.

Berlandaskan latarbelakang itu juga, sekumpulan saintis dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) diketuai pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Zilfalil Alwi melancarkan Malaysian Node bagi Projek Variome Manusia (Human Variome Project).

Ia bertujuan mengenal pasti variasi SNP yang terdapat pada pelbagai subetnik Melayu di negara ini. 

Projek berkenaan melibatkan pengambilan sampel darah subetnik Melayu iaitu Melayu Kelantan, Jawa, Bugis, Minang, Kedah, Pattani, Champa dan Banjar yang telah bermula pada 2006.

‘‘Kajian ini dilaksanakan bagi membandingkan profil DNA antara pelbagai sampel daripada subetnik Melayu berkenaan seterusnya menghasilkan pangkalan data variasi SNP ini untuk menjadi rujukan kepada penyelidik lain amnya," ujarnya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini

Beliau berkata , SNP berlaku apabila terdapat satu nukleotida dalam DNA manusia (sama ada A,C,T atau G) yang berbeza daripada individu-individu lain. Perbezaan itu berlaku pada sekurang-kurangnya dua peratus individu dari populasi atau kumpulan etnik berkenaan.

Sebarang variasi dalam DNA seperti SNP boleh menyumbang kepada kemungkinan berlakunya penyakit pada individu berkenaan termasuk penyakit yang diwarisi atau penyakit yang disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan faktor-faktor persekitaran seperti pendedahan kepada radiasi bahan kimia dan sebagainya.

Kajian beliau tertumpu kepada mencari jenis variasi atau kepelbagaian yang berlaku dalam gen manusia dan dibuktikan kemudiannya bagi meramal penyakit dan asal usul subetnik Melayu di samping penghasilan pangkalan data SNP.

Menurut beliau, pelbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini boleh memberi gambaran corak sejarah penghijrahan dan cabang bahasa yang berbeza.

Pelbagai budaya telah bercampur di Malaysia sejak sejarah awal lagi.

Katanya, lebih daripada 1,500 tahun yang lalu, kerajaan Melayu yang ada mengalu-alukan semua pedagang antaranya dari China, India dan Arab dan dengan ketibaan mereka membawa bersama budaya serta agama berlainan seperti Islam, Buddha dan Hindu.

Keunikan budaya Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai budaya yang berbeza, namun hanya segelintir yang mempunyai pengaruh yang berkekalan terutamanya pada negara.

Walaupun setiap budaya ini telah bersungguh-sungguh mengekalkan tradisi dan struktur masyarakat, percampuran antara mereka juga telah mencipta pelbagai warisan kontemporari Malaysia yang unik.

‘‘Pemetaan genom kumpulan subetnik Melayu ini akan memberikan kita peta genetik bagi menghuraikan sejarah penghijrahan negara serta mendedahkan sejauh mana persamaan genetik antara pelbagai populasi. 

‘‘Ia juga dapat menjelaskan teka-teki sejarah dan latar belakang demografi setiap etnik yang mungkin mengalami faktor evolusi yang berbeza.

Dengan penubuhan pangkalan data genetik ini, pelbagai kajian penyelidikan ke arah kelestarian manusia sejagat dapat dilaksanakan. Ia termasuk kajian forensik dan implikasi etika, undang-undang dan sosial pada masyarakat,’’katanya,

Beliau bersama pelajarnya Wan Nur Hatin Wan Isa dan Nur Shafawati Ab. Rajab beserta penyelidik lain dari pelbagai institusi telah memulakan kajian dengan mengambil sampel di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Mereka dibantu oleh orang kampung terutama ketua-ketua kampung yang terlibat.

Kajian dibiayai menerusi geran dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibahagi bersama penyelidik lain dari USM dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan juga Pusat Pengajian Sains Kemanusiaan.

Kajian tersebut bertujuan memeta genom kumpulan etnik berkenaan bagi menghuraikan sejarah penghijrahan dan kajian latar belakang mereka.

Kajian ini menggunakan kaedah berteknologi tinggi iaitu cip microarray yang mampu melaksanakan kerja-kerja penjujukan SNP dalam masa yang pantas.

Kajian tersebut yang tamat tahun lalu mendapati beberapa kesimpulan menarik dapat dibuat berdasarkan kepada perbandingan pemetaan genom yang dilakukan.

Antara hasil penyelidikan tersebut menunjukkan perkaitan beberapa subetnik Melayu kepada masyarakat Indonesia serta persamaan masyarakat di Selatan Thailand dengan Melayu Kedah dan Melayu Kelantan di samping mengandungi komponen Cina dan India dalam genom mereka.

Daripada tujuh kumpulan atau subetnik tersebut, hasil kajian beliau dan kumpulannya juga mendapati setiap kumpulan sub-etnik Melayu mempunyai genom campuran dan Melayu Kelantan dan Melayu Kedah mungkin dipengaruhi oleh tamadun Langkasuka pada era sejarah dulu.

Ini menunjukkan bahawa Melayu Kelantan terawal di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan perbandingan profil genetik yang diperoleh. Ini kerana sampel Melayu Kelantan tidak mempunyai persamaan atau unsur yang sama dengan semua sampel subetnik Melayu yang dianalisis kecuali dengan subetnik Melayu Pattani dan Melayu Kedah yang mana apabila dikaitkan dengan sejarah, era Langkasuka menunjukkan adanya kaitan Melayu, Kedah dan Pattani.

Ahad, 2 September 2012


Tweet #Merdeka55 Gemuruh Di Bukit Jalil



Menukar Bendera Malaysia, Satu Tindakan Yang Biadap



PKR Biadap : Tidak Jemput Sultan Selangor Ke Majlis Kemerdekaan