Selasa, 28 Ogos 2012


Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

untuk sambungan silalah layari alamat di atas

Isnin, 27 Ogos 2012


:: PENGENALAN BANJIR ::

Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.

Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan Awam serta gambar-gambar kartun yang mudah difahami untuk dijadikan:


Sebelum Banjir
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Sediakan Peralatan Kecemasan.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Selepas Banjir
  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
 Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
  • Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
update by shukri : 3-10- 2008



Kekayaan bagi tujuan mulia


Najib Tun Razak menerima pelukan daripada salah seorang penerima tawaran untuk menunaikan fardu haji pada majlis penyampaian surat tawaran program khas Yayasan 1MDB itu kepada imam dan pengerusi JKKK yang terpilih di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada 200 imam dan 200 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah program khas haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Ini merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 111 imam dan pengerusi JKKK menerima tajaan itu pada 19 September tahun lalu.
Kesemua jemaah haji berkenaan dijadual berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 September ini dan akan berada di Tanah Suci selama 47 hari.
Najib dalam ucapannya pada majlis penyerahan surat tawaran itu berkata, adalah wajar untuk kerajaan menggunakan sebahagian daripada sumber pendapatan dan kekayaan yang dijana oleh kepimpinan hari ini bagi tujuan mulia.
Perdana Menteri berkata, tidak ada tujuan yang lebih baik, selain daripada kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada para imam dan ketua kampung seluruh negara untuk menunaikan haji.
"Berdasarkan kepada kesan yang saya sendiri saksikan ketika menunaikan haji pada musim lalu, betapa besarnya impak program itu kepada 111 orang imam dan ketua kampung yang terpilih.
"Maka pada musim haji kali ini, saya berniat kalau ada rezeki, kita akan lonjakkan lagi jumlahnya daripada 111 kepada 400 orang lagi untuk dimasukkan dalam program itu," katanya.
Najib berkata, usaha tersebut bertepatan dengan landasan dan prinsip Maqasid Syariah yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.
Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat supaya agama Islam di negara ini dilihat sempurna dari segi ketinggian, kemuliaan, tauhid, akhlak dan pentadbiran.
"Kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, itulah sebenarnya landasan dan prinsip yang kita pegang dan contohnya, dalam rukun Islam kelima, kita pastikan pentadbiran urusan haji adalah terbaik di dunia kerana kita berpegang kepada prinsip yang saya sebutkan tadi," katanya.
Perdana Menteri turut memuji kemampuan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menguruskan jemaah dari negara ini dengan cemerlang sehingga mampu menjana keuntungan yang baik setiap tahun.
Beliau berkata, keuntungan itu bukan untuk membayar dividen kepada pelabur semata-mata tetapi Tabung Haji telah melakukan tugas melebihi tanggungjawab sepatutnya dengan memberi setiap jemaah haji subsidi hampir RM5,000 seorang.
"Berbanding dengan negara lain, inilah bayaran yang paling rendah melainkan mereka yang pergi secara musafir sehelai sepinggang," katanya.
Menerusi program kali ini, Tabung Haji menyediakan subsidi sebanyak RM2 juta manakala 1MDB pula menyumbang sebanyak RM4 juta.
"Inilah yang dikatakan Islah dalam Islam. Islah adalah roh kepada agenda transformasi negara yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.
"Lagi cepat kita lakukan proses transformasi Islah itu, maka lebih berjaya agenda tersebut dan juga lebih besar rahmat dan nikmatnya," ujar beliau.
Beliau turut menyeru jemaah haji yang terpilih dalam program itu agar memanjatkan doa untuk negara, umat Islam serta rakyat Malaysia yang lain semasa mengerjakan haji di Tanah Suci.


Tun M Sedia Berdepan Karpal Singh Di Mahkamah



Video Ini Pasti Buat Muslimah PAS Terkedu


Khamis, 23 Ogos 2012


ABIM Sudah Lagi Tidak Sokong Anwar Ibrahim?



Bersara : Satu Lagi Lakonan Terbaru Anwar Ibrahim

1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk. Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati.

2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat. Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya. Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula.

3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara. Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia. Logo dan perlembagaan pun masih tiada.

4) Tunggu apa lagi baik berhenti sahaja kalau DAP sudah lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

Anwar Ibrahim Mohon Maaf Kerana Banyak Fitnah Dato Seri @Najibrazak

Khamis, 16 Ogos 2012


Penjelasan Nasharudin


NASHARUDIN Mat Isa kelihatan ceria sejurus tiba dari Jeddah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.
Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.
- Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.
Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Video Tok Guru Abdullah Samaah Menjelaskan Mengapa Undi DAP Berdosa


Selasa, 14 Ogos 2012


Hasan Ali : PAS Hanya Mahu Kuasa Bukan Hendak Tegak Islam



Nasharuddin Mat Isa Masuk UMNO?


Kafir Harbi : Mahukah Dr Maszlee Malik Berdebat Dengan Abdullah Samaah?


Tiada gunanya Dr Maszlee Malik menulis untuk membela DAP dalam lidah rasmi pembangkang iaitu Malaysiakini. Dr Maszlee Malik perlu berani berdebat tentang isu ini dengan Abdullah Samaah sendiri. 

Elok kalau perdebatan itu dibuat di Sinar Harian, tempat di mana Maszlee selalu mengajak orang lain berdebat. Mahukah Sinar Harian anjur tajuk debat ini? Tentu sekali menarik untuk dikupas dengan lebih mendalam lagi. Biar rakyat menilai mana hujah terbaik untuk umat Islam di negara ini. 

PAS Seronok Terus Ditipu Oleh DAP

Utusan Malaysia pada 18 Julai 2001

"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.

Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990

"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," kata Karpal Singh pada 11 Ogos 2012. 

Sepuluh tahun dulu (2001), dua puluh tahun sebelum itu (1990) itulah kata-kata yang disebut oleh Karpal Singh. Tidak menerima perlaksanaan hudud. PAS masih tidak serik, masih lagi mempercayai dan sanggup bersama dengan DAP. Dua puluh tahun lagi andai masih lagi wujud parti PAS dan DAP, pendirian tersebut tidak akan berubah. 

Sebelum kuasa yang ada pada orang Islam hilang pada tangan DAP, buatlah keputusan yang bijak untuk agama, bangsa dan tanahair. Selamatkan Malaysia daripada pakatan DAP-PKR-PAS.


Logo Sebangsa, Senegara, Sejiwa Ciplak Logo Dari Israel?





Anwar Ibrahim Gelar Guru Pondok Sebagai Pelampau Agama?


Satu tajuk yang amat mengguris hati guru-guru pondok. Jika dibaca secara sepintas lalu, amat jelas Anwar Ibrahim lebih pentingkan dan sanjung DAP melebihi pandangan yang telah diberikan oleh guru guru pondok ini. Anwar perlu memohon maaf atas ketelanjuran percakapannya ini. 


Video Erti Kemerdekaan Negara #Merdeka55



Berdosa Undi DAP : Abdullah Sa'amah


Jumaat, 10 Ogos 2012


Memalukan Sekali Tindakan DAP Ini



Video Pakcik Beca & Agenda Kristianisasi Di Penang

Assalamualaikum,

Ini adalah rakaman video tentang peristiwa Pakcik Beca didatangi dua pelancong Amerika yang juga merupakan mubaligh kristian. Kami sangat berharap, semua pihak tidak membuat tuduhan melulu kononnya ini adalah isu rekaan untuk mencemarkan nama baik MAINPP.

Kita perlu insaf bahawa dua lelaki ini sangat komited dalam melaksanakan tugas dakyahnya. Tetapi kita, umat Islam masih lagi bermain tuding menuding mencari salah siapa.

Pada kami, melihat dari tanggungjawab pemerintah dan peruntukan undang-undang, dua lelaki ini salah dan perlu ditangani. Pihak yang terbabit tidak perlu berdolak dalih lagi. Tindakan mesti diambil. Jangan buruk sangka kepada kami.Tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah utamanya. Nasib golongan miskin bandar ini. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak membantu.

Sindiket, Penipuan, Sikap Malas, Tak Tahu Mereka Islam atau bukan, semua ini adalah alasan yang diberikan sewaktu pertemuan dengan pihak-pihak terbabit. Ya, mereka memang bermasalah. Memang sakit hati berurusan dengan orang-orang macam ini. Macam-macam perangai, pengotor, mabuk, lebih suka meminta-minta... Tapi kerana mereka bermasalah lah kita perlu bantu. Kalau mereka semua ok. Normal. Tak perlulah bantu.

Umat Islam perlu sedar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling, jangan pentingkan diri, jangan merasa diri sudah mulia dan tidak perlu peduli dengan orang-orang yang menjengkelkan ini. (baca seterusnya di sini).

Manoharan Tidak Patriotik & Biadap









Zunar Pula Menghina Jalur Gemilang


Sesudah Nizar menghina Jalur Gemilang dengan panggilan baru "Jalur Malang" dan Manoharan, ADUN DAP menghina Lee Chong Wei dengan panggilan "Lee Chong AWAY" kini tiba giliran Zunar (pelukis propaganda Malaysiakini) menghina pula Jalur Gemilang dalam bentuk kartun. 

Penghinaan yang sudah keterlaluan dan melampaui batas. Mengapa perlu dihina bendera negara? Mengapa perlu dihina wira negara yang berjuang di Sukan Olimpik?  Pihak pembangkang sudah hilang pertimbagan akal untuk berkuasa. 

Apa sahaja hendak dipolitikkan dan dijadikan isu. Hingga sanggup mencaci dan menghina negara sendiri pun mereka sanggup semata mata untuk berkuasa. Mahukah kita mengundi lagi orang yang bersikap biadap sebegini?



Nizar Jamaluddin Hina Bendera Malaysia Dengan Menggelarnya "Jalur Malang"


Berikut adalah tweet yang dilakukan oleh Nizar pada 5 Ogos 2012. Satu perbuatan yang biadap dan tidak cintakan kemerdekaan negara malah menghina pula bendera negara kita.  




Kit Siang Marah Kalau Tengok Video Ustaz Kazim Ini


Sabtu, 4 Ogos 2012


Ustaz Kazim Elias Nasihat Kisah Mercun & Bas Ekspress


Kenyataan Media Dato Seri @NajibRazak Berhubung Perletakan Jawatan Lajim Ukin




KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Berikutan perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort , Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kedudukan Barisan Nasional (BN) tidak tergugat dan mampu menangani cabaran tersebut.

Katanya, biarpun setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai untuk terus kukuhkan kedudukan parti.

"Ekoran perletakan jawatan Datuk Seri Lajim maka Timbalannya, Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas," katanya.

Dalam hal ini, beliau menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah kebiasaan Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Itu memang kerja dia (Anwar), yang akan janji macam-macam. Kita akan membuat langkah-langkah yang sesuai untuk memulihkan UMNO dan memantapkan lagi kedudukan BN."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.

UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berkuat kuasa 30 Julai dan perlu dijawab dalam tempoh dua minggu sebagaimana proses dalam Perlembagaan parti.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat MT adalah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan khususnya berkaitan dengan Pelan Transformasi Pendidikan.

"Hari ini kita mendapat penerangan daripada Timbalan Presiden yang juga Menteri Pelajaran berhubung dengan Pelan Transformasi Pendidikan yang sedang diusahakan yang mana proses dialog secara menyeluruh dan terbesar pernah diadakan berlangsung dalam tempoh selama enam bulan.

"Pagi tadi kabinet telah mengadakan satu 'workshop' khas untuk membincangkan cadangan dan pelan tersebut dan kabinet telah memberi sokongan dan begitu juga MT yang turut memberi sokongan untuk kerajaan melakukan sesuatu penyusunan semula kepada sitem pendidikan kita supaya kita mencapai satu lonjakan pencapaian yang luar biasa," terangnya yang turut memaklumkan bahawa butiran berkaitan pelan tersebut akan diumukan pada 11 September nanti. - MediaUMNO