Selasa, 31 Julai 2012


Pesanan Ustaz Kazim Elias Untuk Orang Orang PAS



Botol Arak Besar Sambut Ramadhan Di Penang




GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.

Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal. 

Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama





Ahad, 22 Julai 2012


5 Bukti Pembangkang Terlibat Dengan Aktiviti Komunis



Mahfuz Omar dan pemimpin PAS perlu membersihkan dahulu nama PAS bila aktiviti dan sokongan mereka terhadap kegiatan subversif sudah dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Usah menuduh pihak lain denganname calling dan labelling yang buruk untuk mengikis fakta yang sudah sedia ada. 

Bukti pertama, 29 Mei 2009, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw  menerima idea membenarkan Chin Peng pulang asalkan pemimpin komunis itu sudah berubah dan tidak lagi mendukung ideologi komunisme. Apakah ini bukan lagi bukti bahawa PAS ada berhubung dengan pemimpin komunis itu? 

Bukti kedua, pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis & komunis antarabangsa. Rakyat tidak boleh disembunyikan lagi dengan fakta ini. 

Bukti ketiga, Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang tiga yang tersebut adalah sama dengan logo apa? 


Bukit keempat, 13 Jun 2009, Anwar Ibrahim menyatakan "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,." kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi. 

Bukti kelima, 31 Oktober 2009, Chin Peng telah mengutus surat untuk mengajak Anwar Ibrahim minum teh bersamanya di Hatyai. Surat ditandatangan sendiri oleh Chin Peng. 

PAS, PKR dan DAP perlu membersihkan dahulu nama parti mereka daripada elemen-elemen yang disebutkan di atas. Sejarah tidak boleh dipadam dengan membuat tuduhan yang baru kepada pihak lain. Rakyat masih belum terlupa siapa dan apa erti komunis sebenarnya. 




Selasa, 10 Julai 2012


Khasiat Ayat Kursi


Ayat Kursi.jpg
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Tangani ekstremis agama - PM


Najib Tun Razak diiringi Jamil Khir Baharom (kiri) bersalaman dengan peserta pada Seminar Memperkasakan Institusi Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - utusanAbdul Razak Latif
KUALA LUMPUR 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak terutama para penghulu dan penggawa memainkan peranan membantu kerajaan menangani masalah sosial termasuk ekstremis agama supaya keamanan negara terus terpelihara.
Beliau berkata, peristiwa amuk oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahadi di Putrajaya semalam menjadi bukti kesan terhadap seseorang apabila terpengaruh dengan fahaman ekstrem dan ia boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Katanya, seperti masalah sosial yang lain iaitu dadah dan keruntuhan akhlak di kalangan belia dan masyarakat, masalah ekstremis agama seharusnya tidak boleh dipandang ringan khususnya pemimpin setempat seperti penghulu dan penggawa.
"Para penghulu mempunyai peranan untuk membantu kita menangani masalah-masalah sosial seperti dadah dan keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat dan belia di kawasan mereka. Tidak kurang juga isu keagamaan dan fahaman-fahaman yang ekstrem.
"Tiba-tiba boleh timbul pula orang yang hendak menjadi Imam Mahadi dengan memegang pedang samurai boleh muncul di Putrajaya. Kalau boleh timbul di Putrajaya, boleh timbul di mukim tuan-tuan. Saya percaya boleh. Tidak lama dahulu ia pernah berlaku di Sauk, Perak," katanya.
Beliau berucap ketika menyempurnakan majlis penutup Seminar Memperkasakan Institusi Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Yang Dipertua Persatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia, Ahmad Fuad Zainal Abidin.
Semalam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya gempar apabila seorang lelaki dan wanita mengamuk sambil melibas pedang samurai sehingga menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Bagaimanapun polis berjaya menggagalkan amukan tersebut dengan menembak kedua-keduanya selepas mereka terus menyerang walaupun telah dipujuk beberapa kali oleh pihak berkuasa.
Perdana Menteri berkata, hakikatnya isu serta masalah yang berlaku ketika ini begitu kompleks dan ia perlu ditangani dengan bijak.
Selain itu, Najib berkata, penghulu dan penggawa juga merupakan rakan baik kerajaan khususnya dalam peranan mereka menjayakan setiap program untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Klinik 1Malaysia.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua penghulu serta penggawa agar sentiasa bersikap adil kepada rakyat dan bukan mementingkan orang di sekeliling mereka sahaja.
"Sebagai pemimpin kita mesti berlaku adil. Jangan tumpukan puak atau orang di sekeliling kita sahaja. Kita mesti utamakan kepentingan rakyat. Insya-Allah dengan cara ini mampu menaikkan imej penghulu. Perlu diingat ada penduduk yang pernah menghantar petisyen untuk tukar penghulu kerana tidak ambil berat tentang isu rakyat," ujarnya.
Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh mengenai pentingnya penghulu atau penggawa sekiranya ada yang bercita-cita menjadi calon supaya menjaga sikap supaya tidak keterlaluan.
"Ada cita-cita untuk jadi Yang Berhormat tidak mengapa, tidak ada masalah tetapi jangan terlalu beriya. Kita perlu bersikap sederhana, berpada-pada. Sekalipun ada cita-cita jangan keterlaluan. Jangan nama belum naik, sudah tempah jaket, ada rezeki insya-Allah," ujarnya.

Kedah Tolak Buku Jingga



Siapa Jaya Negara? Pengamuk di Kompleks B, Bangunan JPM?


Jaya Negara adalah nama blog yang dimiliki oleh Khalil Afandi. Jaya Negara turut mempunyai akaunfacebook dan telah membuat posting yang dilihat ekstems dan bersifat subversif. 

Posting di bawah ini dilihat turut membela Ambiga, penganjur BERSIH 3.0. Apakah kaitan antara Jaya Negara dan kumpulan pembangkang ini? Siapa tulis "Saya sokong kamu (Ambiga)".





Siapakah Khalil Afandi Penyerang Pedang Samurai di Kompleks B, JPM?





Berikut adalah sedikit lagi info berkaitan penyerang yang mengamuk di Kompleks B, JPM pada 9 Julai 2012. Khalil Afandi dalam Facebook menulis "ini gambar kita...aku dan Naman Ali Osman mahu menawan Malaysia seterusnya Dunia milik kita" ditulis pada 3 Mac. Apa maksud "Dunia milik kita?"




Salah seorang rakan Khalil Afandi yang dikenalpasti dalam Facebook adalah bernama Hambali Idris. Kawan Khalil Afandi tersebut menggunakan batch BERSIH untuk profile picture di Facebook. Apa pula kaitan Khalil Afandi dan Hambali Idris. Apakah sekadar mutual friend dalam Facebook?

Kejadian ekstrems sebegini tidak harus berlaku di negara ini. Unsur-unsur subversif dan militan sebegini mengugat keamanan negara ini. Rakyat perlu bersatu membanteras anasir subversif ini demi keselamatan rakyat bersama.




Ahad, 8 Julai 2012

Khamis, 5 Julai 2012

Isnin, 2 Julai 2012


PM lancar iTR1M bantu pelajar di Selangor

PUTRAJAYA 28 Jun - Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di kediamannya, Seri Perdana di sini hari ini. Hadir sama ialah Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Alimuddin berkata projek perintis yang dilaksanakan di negeri Selangor akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

"Program iTR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di sini hari ini.

Alimuddin berkata program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah, iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.
Beliau berkata seramai 350 guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jummat.

"Matlamat Program iTR1M adalah untuk memberi bimbingan di luar waktu sekolah secara percuma kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah pelbagai kaum dan membantu mereka mengoptimumkan penggunaan "Netbook 1Malaysia" dan kemudahan ICT yang disediakan kerajaan," katanya.

Alimuddin berkata di bawah program ini, calon UPSR menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah, sekolah dan pusat komuniti (Perpustakaan Desa, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan medan Infodesa).

Beliau berkata bagi calon PMR dan SPM, bimbingan secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih diadakan dari pukul 3 hingga 5 petang, pada setiap Isnin, Rabu, dan Jumaat.

Selain itu, beliau berkata calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia dan Fizik) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara online dari rumah.

"Seminar dan bengkel persediaan menghadapi peperiksaan yang akan diadakan menjelang tarikh peperiksaan," katanya. - BERNAMA
Kenyataan Hadi Awang Ini Akan Buat Kit Siang Marah



“Hari ini DAP datang jumpa PAS hendak belajar tentang PAS. Belajar tentang Islam. Hari ini DAP setuju jika pakatan menang, agama Islam bagi Persekutuan, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, Hak Istimewa orang Melayu, Raja ikut perlembagaan. Itu persetujuan DAP dalam pakatan” kata Hadi Awang dalam Himpunan Hijau di Marang pada 30 Jun 2012.

“Ini kerana PAS parti terkuat, mereka terima perkara ini. Dalam pembahagian parlimen, PAS akan bertanding 70 kerusi lebih. PAS punyai jentera yang hebat. DAP paling kuat bertanding 60 kerusi. Perlu terima bahawa tulang belakang pakatan adalah PAS. Mana boleh DAP hendak tubuh negara sendiri.” kata Hadi Awang.

Betulkah PAS hendak tanding 70 kerusi? Dalam muktamar pada tahun 2009, PAS cakap hanya hendak 63 kerusi (kurang 4 kerusi berbanding PRU12). Apakah cakap cakap Hadi Awang itu sudah diketahui oleh Karpal Singh dan Kit Siang? Kalau pun hendak bertanding 70 kerusi, masih tidak cukup lagi simple majority untuk membuat keputusan dengan sendiri iaitu 112 kerusi. UMNO bertanding 117 kerusi, lebih kuat dari PAS.



Presiden PAS tersebut berkata DAP hanya akan bertanding 60 kerusi, betul kah? DAP sudah kuasai bandar dan sudah bertanding 47 kerusi dalam PRU12, mereka sekarang lebih banyak kerusi dari PAS dalam parlimen dengan 29 kerusi. Tidak logik DAP akan minta kerusi sedikit pada PRU13.

Apakah DAP akan berdiam diri membiarkan parti yang sedikit dalam parlimen untuk merebut lebih banyak kerusi dalam parlimen? Dua K iaitu Kit Siang dan Karpal tidak akan berdiam diri. Sebenarnya Hadi Awang berbohong di hadapan pengundi Melayu, di depan DAP, Hadi Awang akan cakap lain pula.

Hakikatnya PAS masih lagi tidak boleh ketua kepada parti parti lain dalam pakatan pembangkang. Apa yang dilakukan oleh UMNO dalam BN tidak boleh dilakukan oleh PAS. Perlembagaan pun masih tidak ada dalam pakatan pembangkang, logo pun tidak ada. Itu tandanya mereka masih lagi tidak berpakat.

Ahad, 1 Julai 2012


Exco Agama Islam Selangor Sudah Pandai Main Lilin Sejak Berkawan Baik Dengan DAP


Sejak berkawan rapat dengan DAP dan PKR sekarang ini, ustaz-ustaz PAS dan juga Exco Agama Islam Negeri Selangor sudah pandai main nyala-nyala lilin untuk sesuatu upacara. Lihatlah di gambar-gambar di bawah ini. 


Golongan mahasiswa pun diajar pasang lilin. Sedangkan mahasiswa yang hendak bebas dari cengkaman politik itu sebenarnya yang sedang dicengkam oleh politik lilin PAS-DAP-PKR. Sedarkah bahawa tulisan yang mereka paparkan itu sebenarnya kena balik pada diri mereka? 


Nizar Jamaluddin juga sudah pandai guna lilin untuk sesuatu upacara. Terpengaruh dengan ajaran DAP. Kita lihat pula apa pandangan mufti tentang lilin dan ahli-ahli politik pakatan pembangkang ini.