Ahad, 29 April 2012

Gambar Wartawan BERNAMA Dibelasah Perusuh #BERSIH3


Seorang wartawan BERNAMA (Mohd Azri Salleh, jurukamera TV Al Hijrah) dibelasah oleh perusuh BERSIH ketika sedang merakam video kejadian perusuh BERSIH menterbalikkan kereta polis di depan Sogo.

Ini adalah bukti perusuh BERSIH adalah pengganas awam. Wajib rakyat menolak pakatan pembangkang dalam PRU13. Mereka ini tidak berperikemanusiaan. Sudah taksub dengan ajaran songsang LGBT Ambiga.






Wajah Anggota Polis Yang Dibelasah Perusuh #BERSIH3


Selasa, 17 April 2012

Video Ibadah Solat Dipersendakan Dalam Demo #PTPTN
Ini perbuatan yang sudah melampaui batas. Mempersendakan solat, melakukan ritual yang syirik untuk semadikan pemimpin negara dan bersikap biadap terhadap penguasa DBKL.

Sikap sikap ini melambangkang mereka yang tidak cukup cerdik ini memang layak diminta bayar kembali wang PTPTN. Mereka hanya mewakili 0.001% mahasiswa di negara ini. Majoriti yang lagi 99.999% perlu bangun bersuara. Mana suara suara yang majoriti? Bangunlah bersuara.

Rabu, 11 April 2012

Video Ustaz Azhar Idrus Suruh Budak Pro M Bayar Hutang PTPTN #mejabulatptptn
Dengar baik baik, Ustaz Azhar Idrus suruh siapa yang hutang PTPTN bayar hutang bukan mansuh terus hutang. Apa pandangan mahasiswa pembangkang terhadap video ini? Mahu minta Ustaz Azhar Idrus buat kenyataan mansuh PTPTN pula lepas ini?

Isnin, 9 April 2012

Khamis, 5 April 2012

Bukti PAS Tidak Penting Isu Murtad

Rabu, 4 April 2012

ADUN PKR TAKBIR RAYA

Jika sebelum ini Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) dan Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran di atas pentas ceramah PAS, Xavier Jayakumar (ADUN PKR Seri Andalas) masuk ke dalam masjid ketika bulan puasa dan memberi ceramah, Teresa Kok (Ahli Parlimen DAP Seputeh) pernah masuk masjid dengan memakai skirt, kini giliran Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) pula bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung, Simpang Pulai pada 19 September 2009, iaitu pada malam Hari Raya Puasa (baca sini). 


Chan Ming Kai sedang menyampaikan 'kuliah pendek' di Surau An-Nur, Pengkalan pada satu majlis pengagihan bubur lambuk. Kalau Xavier berceramah dalam masjid di Selangor, di Perak pula wakil rakyat bukan Islam dari PKR telah memberi kuliah di surau. Apakah sudah tandus terus ustaz dari PAS hinggakan terpaksa untuk menjemput wakil rakyat bukan Islam memberi ceramah di masjid dan surau? Lihat reaksi orang yang mendengar, apakah mereka suka? Jika benar masuk Islam tidak mengapa, telinga pun tidak akan merah lagi kalau ditanya "sudah potong ke?". Jabatan Agama Islam perlu menyiasat tindakan Chan Ming Kai ini.


Chan Ming Kang mengikut kumpulan surau bertakbir dari sebuah rumah ke rumah yang lain di Kampung Tanjung pada malam raya (lihat video ini).Apakah tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam di situ yang berani menegur Chan Ming Kang? Tindakan Chan Ming Kang ini jelas menghina kesucian agama Islam dan kebesaran kalimah Allah SWT. Chan Ming Kang masih tetap sebagai seorang bukan Islam. Perbuatan dan pakaiannya hanyalah untuk tujuan mengambil hati pengundi Islam semata-mata. Malangnya tiada satu pun orang Islam dalam PAS dan PKR berani menegur perbuatan Chan Ming Kang tersebut. Baca Al-Quran sudah, masuk masjid dan surau pun sudah, bertakbir dan bertahmid pun sudah, apakah selepas ini mereka akan membaca talkin pula untuk orang-orang PAS. Jangan sampai sudah dipijak baru hendak sedar.